KONTRAK atau perjanjian sewaan merupakan satu ikatan penting bagi melindungi hak pemilik dan penyewa agar kediaman berada dalam keadaan balik pada setiap masa. Namun adakalanya kerosakan besar seperti kebocoran paip bawah tanah boleh berlaku disebabkan faktor usia pembinaan selain tidak diselenggara secara berkala. Bagaimanapun isu baik pulih kerosakan seperti itu sering menjadi pertikaian antara penyewa dan pemilik rumah berikutan kos yang tinggi. Menyediakan rumah yang baik adalah tanggungjawab pemilik. -Gambar hiasan Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang lelaki meminta pandangan warga maya tentang masalah yang dialami selepas perbincangannya dengan pemilik kediaman menemui jalan buntu. "Saya baru menyewa beberapa bulan di sebuah rumah. Saya dapati bil air rumah melambung selama dua bulan. RM300 pada Jun dan RM430 pada Julai sedangkan penghuni hanyalah tiga orang. "Sebelum ini bil air cuma RM20 hingga RM30 sahaja. Situasi yang berlaku membuatkan saya memanggil tukang paip untuk memeriksa sekiranya terdapat kebocoran," ujarnya. Selepas pemeriksaan dilakukan, tukang paip menyatakan tiada kebocoran yang dijumpai. ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal bagi penyewa ‘rasmi’ rumah teres baru beli, pemilik sayu unit dilingkupkan! Sewa tak sampai 2 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Ejen rumah sewa buat ‘magic’ dalam kontrak, tiba-tiba penyewa kena tanggung kos servis 4 aircond! Lelaki hilang deposit RM2,800 Justeru, dia dicadangkan untuk membuat saluran paip baru dengan kos kira-kira RM2,500 hingga RM3,000 bagi mengatasi masalah yang dialami. Susulan daripada itu, dia menghubungi pemilik kediaman dan menyatakan masalah yang dialami. "Pemilik rumah tak mahu bagi kerjasama dengan alasan 'pandai duduk, pandai tanggung'. "Kalau melibatkan kos kecil seperti kerosakan lain, saya tidak kisah sangat tapi, ini dah kos besar," luahnya yang buntu dengan situasi tersebut. Terus terang cakap, awak dapat tuan rumah yang penting diri. WARGA MAYA Bagi lelaki ini, sekiranya dia tidak terikat dengan kontrak pendudukan sewaan selama dua tahun, dia ingin berpindah kerana tidak sanggup menanggung kos utiliti yang tinggi. Tambahan pula, penyelenggaraan yang dilakukan itu bersifat kekal dan akan memberikan keuntungan kepada pemilik. "Pening saya nak tanggung bil air yang tinggi macam ni. Kalau saya keluarkan kos baiki sendiri, untung tuan rumah. "Kerosakan kecil lain saya tak pernah tuntut tapi kali ini betul-betul rasa dipergunakan," tambahnya yang membayar deposit sebanyak RM5,000. Beberapa warga maya mencadangkan beberapa langkah yang boleh dilakukannya. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menyatakan kerosakan yang berlaku berkemungkinan berpunca daripada saluran paip bawah tanah yang bocor dan pemilik perlu bertanggungjawab. "Kalau masalah paip dalam rumah, pemilik yang kena keluarkan duit, bukan penyewa. Awak semak semula perjanjian sewaan. "Terus terang cakap, awak dapat tuan rumah yang penting diri. Kalau terus menyewa di situ, akan ada banyak masalah lain yang timbul, jadi keluar dan cari rumah lain. "Buat masa ni, jika nak jimat air kena tutup meter depan, nak guna baru buka. Memang letih sikit sebab pernah kena juga air tangki meleleh keluar. Terpaksa tutup paip kat meter tu," ujar beberapa warga maya memberi pendapat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube