suria

Baru 27 hari nikah, wanita dicerai talak tiga! Tahu suami angau dengan perempuan lain, tetap jaga makan minum, tempat tidur

Seorang wanita mendakwa dirinya diceraikan selepas berkahwin selama 27 hari.

DISANGKA panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang wanita apabila dia diceraikan ketika baru 27 hari bergelar isteri.

Menerusi satu video pengakuan yang kini tular, wanita itu mendakwa perkahwinannya yang hanya mampu bertahan selama kira-kira tiga minggu itu terlerai disebabkan pihak ketiga.

“Buat (suami), terima kasih untuk 27 hari ni menghalalkan saya jadi isteri awak. Terima kasih juga atas talak tiga ni.

“Untuk (pihak ketiga), terima kasih sangat-sangat kerana runtuhkan rumah tangga. Bukan sekali tau, dua rumah tangga awak runtuhkan.

“Saya tak nak usik pasal rumah tangga orang lain, saya cuma nak cakap satu je... rumah tangga saya. Saya tak ada buat salah dengan suami saya, dan saya tak ada jadi isteri yang derhaka,” katanya.

Menurut wanita itu, ia merupakan perkahwinan keduanya.

Dalam klip video berdurasi seminit itu juga, isteri berkenaan mendedahkan dia tetap melayan suaminya dengan baik meskipun terdapat wanita lain didakwa cuba mengganggu rumah tangganya.

“Saya tahu dia ada perempuan lain, saya layan makan minum dan tempat tidur dia semua.

“Ingat, aniaya seorang isteri dan perempuan, kifarah tu ada. Tunggu,” ujar wanita itu lagi yang dilihat menangis teresak-esak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi

ARTIKEL BERKAITAN: Sesal tidak berguna... Suami berkali-kali kantoi curang gelabah, akhirnya isteri minta cerai! - “Saya malu dengan mentua”

Menurut wanita itu lagi, perkahwinan terbaharunya ini merupakan kali kedua bagi dirinya.

Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan tiga cahaya mata.

“Perkahwinan pertama bertahan 13 tahun dan kedua 27 hari. InsyaAllah saya kuat,” katanya lagi.

Kita perempuan jangan nak tunjuk lemah dengan lelaki yang ada perempuan lain. Awak mesti kuat.

WARGA MAYA

Difahamkan, terdapat video berasingan yang merakamkan pertengkaran antara wanita itu dan suaminya di dalam sebuah rumah, sambil disaksikan oleh seorang individu lain dipercayai ‘orang ketiga’.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik di akaun TikTok wanita itu sudah dipadamkan.

Kenangan... wanita itu bersama suami yang dikahwininya selama 27 hari.

Di ruangan komen, dakwa wanita itu, suaminya sudah tiga kali melafazkan talak terhadapnya sejak bernikah selama 27 hari.

“8 Ogos dia dah ceraikan talak satu waktu baru 13 hari saya jadi isteri dia demi bab* (orang ketiga) ni.

“13 Ogos dia dah (lafaz) talak satu. Hari ni depan bab* (orang ketiga), jadi minta terus supaya tak payah rujuk, habis cerita. Sebab lelaki ni memang nak kan orang tu sampaikan burukkan saya dekat orang tu,” dakwanya lagi.

Rata-rata warga maya menyuarakan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa wanita itu dengan memberikan kata-kata semangat dan nasihat.

“Penat untuk siapkan kenduri pun tak habis lagi, dah bawa balik perempuan lain. Semoga awak dipermudah urusan. InsyaAllah ada yang lebih baik Allah ganti nanti.

“Sabar ya, percayalah balasan tetap ada. Kita perempuan jangan nak tunjuk lemah dengan lelaki yang ada perempuan lain. Awak mesti kuat,” komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain