suria

Ibu rasa amat bersalah, buat anak menangis sampai bengkak mata hanya kerana satu suap kek

Cara anak dididik sejak kecil akan menentukan sikap mereka apabila dewasa.- Gambar hiasan

SEORANG ibu meluahkan rasa sedih apabila dia berasa sangat bersalah terhadap anak sulungnya dalam satu insiden yang berlaku di kediamannya.

Kisah bermula apabila suaminya pulang ke rumah dan membelikan tiga potong kek berbeza jenis untuk tiga anak mereka yang berada di rumah.

Dia yang ketika itu sedang bekerja di tingkat atas kediaman segera menyelesaikan kerjanya apabila dipanggil oleh suami untuk turun dan makan di bawah bersama anak-anak

ABG SULUNG

Anak kecil juga ada perasaan dan boleh terguris hati dengan tindakan ibu bapa. - Gambar hiasan

Ketika dia turun, anak keduanya, Mel dilihat sudah bersedia dengan sudunya dan mereka hanya membuka salah satu daripada tiga kek yang dibeli iaitu yang berperisa Milo keju.

Ketika Mel sedang makan, anak sulungnya, Aisy, pergi ke dapur untuk mengambil sudu dan dalam masa sama anak bongsunya, Azriq, sudah mula merengek kerana tidak sabar mahu makan kek.

"Masa tu tengok Aisy tengah ambil kek tu dengan sudu. I pun cakap, Aisy bagi Azriq pula.

"Saya tak tahu yang Aisy baru je nak makan kek tu. Belum sempat suap kat mulut lagi. Right after i said that, nampak mata Aisy merah dan dia macam terketar-ketar nak potong kek tu dan masukkan kat mulut dia.

"Dia terus pergi dapur basuh tangan dan meleleh-leleh air mata dia. Naik atas terus mandi," tulis wanita ini lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : Ibu tak senang duduk, sedih anak sulung selalu tanya kenapa guna nama ‘bin Abdullah’ - “Dosa lepas, biarlah saya yang tanggung”

ARTIKEL BERKAITAN : Derita anak sulung, gadis kecewa buat baik tak dihargai siap dimaki... sayang adik-adik, tapi sakit hati layanan berat sebelah

Jelas ibu kepada tiga anak ini, ketika itulah rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana dia baru sedar Aisy masih belum menjamah walau secebis kek yang dibeli bapanya.

"I naik, tunggu luar pintu bilik air. Bila Aisy keluar, saya tahu dia menangis masa mandi. Bengkak dah mata dia.

"Terus tarik dan peluk dia. Mama sorry sayang. Maafkan mama. Terus dia lepaskan rasa dia.

"Aisy baru nak makan, mama. Mama cakap bagi adik. Aisy sedih sangat. Kenapa mama cakap macam tu dengan Aisy? Sampai hati mama. Dia nangis semahunya," wanita ini mengimbas luahan hati anak sulungnya.

Mendengar apa yang diucapkan Aisy membuatkan dia bertambah rasa bersalah sekali gus menyedari bahawa anak kecil juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga.

"Memang salah i pun, tak peka. Peluk dia minta maaf dengan dia. Sampai menangis juga. I know that feeling, rasa terkilan. I promise him lepas ni I akan lagi peka. Mama akan tengok betul-betul, tanya dulu," katanya, penuh kesal.

Kalau kita marah teruk-teruk sampai ke hati, mereka akan ingat. Itu akan menentukan tingkah laku mereka bila dewasa

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terutama golongan ibu seolah-olah memahami perasaan wanita ini kerana kebanyakan daripada mereka juga pernah melalui situasi sama.

Seorang pelayar memuji sikapnya yang tidak ego dan mengakui kesilapan, begitu juga si anak yang diberi peluang meluahkan isi hatinya.

Katanya, jika kanak-kanak dibiar memendam rasa tidak puas hati sejak kecil, ia akan memberi kesan dalam kehidupan masa hadapan.

"Perasaan terasa hati, trust issue semua mula sejak kecil, dibawa sampai ke besar. Mereka ni sangat beremosi, hati rapuh.

"Kalau kita marah teruk-teruk sampai ke hati mereka, mereka akan ingat. Itu akan menentukan tingkah laku mereka bila menginjak dewasa," katanya.

KOMEN 2

Antara komen warga maya

Seorang waniita pula tampil berkongsi pengalaman zaman kanak-kanak yang akan dimarahi ibu jika menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Baguslah puan. Saya dah besar ni pun tak berani nak keluarkan perasaan sebab terbiasa dari kecil kalau tunjuk saya kecil hati ke terasa ke mesti saya kena marah balik dengan mak.

"Macam perasaan saya tu tak valid. Tapi bila adik-adik yang buat macam tu dia rasa bersalah pula. Sedih jadi sulung," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan