PERSEKITARAN dan ruang lingkup bekerja yang baik, di samping rakan pejabat yang 'sekepala' menyebabkan kebanyakan individu memilih untuk setia berkhidmat di syarikat yang sama. Malah ada yang sanggup kembali ke tempat kerja lama kerana 'merindui' suasana dan cara bekerja selepas mendapat pengalaman di tempat lain. Begitulah yang ingin dilakukan seorang lelaki selepas dia melepaskan jawatan di sebuah syarikat pada penghujung tahun 2020. Persekitaran kerja yang baik menyebabkan ramai yang setia di sesebuah syarikat. -Gambar hiasan Dia yang sentiasa memantau perkembangan syarikat tersebut akhirnya meluahkan hasrat untuk kembali berkhidmat selepas melihat iklan jawatan kosong. Menurutnya, keterujaannya memohon untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut terhenti apabila dia diminta untuk membayar semula pampasan yang diberikan sebelum ini. Jelasnya, dia sebelum ini telah mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan semasa syarikat ingin mengurangkan bilangan pekerja. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dibuang kerja anggap majikan jahat, tak hargai staf! Kini alami trauma berpanjangan, menangis setiap malam ARTIKEL BERKAITAN: Diarah pindah ke tempat kerja jauh dari rumah, wanita terpaksa resign! Sedar bos guna cara ‘halus’ buang staf "Pada hujun tahun 2020, syarikat saya bekerja ada tawarkan VSS kepada pekerja, disebabkan mahu mengecilkan pekerja. "Saya telah mengambil VSS tersebut dan menerima RM12,000 pampasan. Sekarang syarikat dah kembali stabil dan mengambil pekerja semula," katanya menerusi hantaran di Facebook. Bercerita lanjut, ujar lelaki ini, pihak pengurusan sumber manusia (HR) juga memberi pilihan sama ada dia mahu membayar penuh atau melalui potongan gaji sebanyak RM300, sebulan sehingga selesai. Carilah kerja lain, ada yang tak betul dengan pengurusan syarikat tu. WARGA MAYA "Pihak HR menyatakan sekiranya saya mahu diterima kerja semula, saya perlu membayar RM12,000 tersebut. "Boleh juga bayar melalui potongan gaji sebanyak RM300 sehingga habis," jelasnya lagi. Lebih menghairankan, mereka yang mengambil Skim Pemisahan Wajib (MSS) pula tidak perlu membayar semula. Mengakui terkejut dengan syarat tersebut, dia kemudian cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya dan golongan arif dalam bidang pengurusan sumber manusia. Antara reaksi daripada warga maya. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya beranggapan ia adalah cara 'halus' untuk pihak HR menolak permohonannya. Justeru mereka menasihatinya supaya mencari pekerjaan yang lain dan melupakan hasrat bekerja semula di syarikat tersebut. "Carilah kerja lain, ada yang tak betul dengan pengurusan syarikat tu. "Tak payah pun, itu memang duit awak dan kalau mereka nak terima balik, awak tak wajar untuk bayar semula. Kalau mereka bertegas, awak move on je. "Dia bergurau senda tu, VSS tahun 2020 kan, move on je, red flag syarikat tu," ujar beberapa warga maya menasihatinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube