suria

Kena lempang sampai takut balik ke asrama... Abang tak diam diri guru disiplin ugut nak hancurkan masa depan adik

Bukan mudah untuk mendidik pelajar, kuncinya adalah kesabaran. - Gambar hiasan

KECOH di media sosial apabila seorang individu mendakwa adiknya telah dibuli oleh seorang guru disiplin.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi Threads, pemuda itu mendedahkan adiknya sering takut untuk pulang semula ke asrama selepas bercuti dan setelah 'disiasat' barulah diberitahu bahawa seorang guru disiplin menjadi punca.

Situasi ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya apatah lagi adiknya itu mendakwa dia bukan hanya ditampar tetapi juga dijadikan sasaran ugutan oleh guru berkenaan.

PIC 1

Seorang guru sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajaranya. -Gambar hiasan

Menurut pemuda itu, keluarganya pertama kali mengetahui tentang perkara ini apabila adiknya sendiri memberitahu bahawa dia dilempang di sekolah.

"Cikgu disiplin lempang adik aku, kitaorang rileks je sebab tau adik aku memang suka menjawab. So he deserve it right, even ada pekeliling dah keluar yang cikgu tak boleh sentuh budak.

"Disebabkan adik aku lelaki, duduk asrama pula, few weeks after the incident baru kitaorang dapat tahu tu pun lepas dia buat perangai tak nak balik asrama.

"After my mom confront him baru dia cerita. Tapi benda dah jadi, bukti pun dah hilang so let go macam tu la," dia membuka cerita.

Bagaimanapun timbul tanda tanya apabila adiknya masih berat hati untuk pulang ke asrama selepas kejadian terdahulu dan kali ini memberi alasan dirinya sering menjadi sasaran guru disiplin terbabit.

"Dia bagitau kata cikgu disiplin tu suka cari salah dia dan sebagainya. Tak pelik la sebab dah kena mark kot.

"Tapi yang buat aku panas hati, cikgu tu boleh cakap depan pelajar lain, dia akan hancurkan masa depan adik aku. Lah ni cikgu ke 'grim reaper'?" katanya.

Bermula dari situ, pemuda ini dan ibunya yang juga bergelar guru mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan guru disiplin berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu macam gangster hayun tangan ke muka murid... Tak cukup penampar, ringan kaki tendang pelajar!

ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu lempang kakak sampai sakit gigi” - Ibu kesal guru kasar hukum murid, tak kisah garang tapi jangan sentuh muka, kepala

Lebih mengejutkan, semasa ibunya menghadiri mesyuarat yang dihadiri wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir sekolah, dia mendapat tahu bahawa banyak aduan telah dibuat oleh ibu bapa lain terhadap guru tersebut.

"So cikgu ni pembuli la kot ya? Dulu masukkan adik aku asrama takut kena buli dengan senior, sekali kena buli dengan cikgu disiplin sendiri," katanya, kesal.

Cikgu pun ada kaki buli ya.. reportkan aje. Biar Kementerian Pendidikan ambil tindakan.

NETIZEN

Dia turut mendakwa guru disiplin terbabit pernah mengugut adiknya supaya memberitahu ibu tentang apa yang telah berlaku di sekolah.

"Bila mak aku WhatsApp tanya apa masalah adik aku, kes dia buat dan sebagainya, dia tak balas pun.

"Dia kata nanti dia call sampai sudah tak call," ceritanya lagi.

Susulan kejadian ini, pelayar ini menasihatkan golongan pendidik supaya bersabar dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab selain menegaskan seorang guru itu tidak semestinya betul dalam semua perkara.

Tambahnya lagi, tak siapa tahu mungkin anak murid yang paling menyakitkan hati hari ini akan menjadi asbab seseorang guru itu ditarik ke syurga di akhirat nanti.

"Aku masih ingat apa yang pensyarah aku pernah cakap kalaupun kita jumpa anak murid yang menyakitkan hati, kita ingat je la, mungkin ada antara mereka yang akan tarik kita ke syurga.

"Kata kuncinya, sabar walau anak murid kau annoying.

"Dah kalau kau cikgu, tapi pembuli kau rasa ada ke anak murid kau nak tarik kau masuk syurga? Entah-entah sampai mati pun dia akan ulang-ulang kejahatan kau," katanya yang bercadang untuk menukarkan adiknya ke sekolah lain pada tahun hadapan.

KOMEN BULI

Sebahagian reaksi warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

Perkongsian ini turut meraih perhatian netizen dengan golongan ibu yang tidak bersetuju dengan cara mendidik atau denda yang dikenakan oleh guru tersebut.

Rata-rata meminta si abang mengambil tindakan sepatutnya terhadap pendidik itu demi membela nasib adiknya dan supaya kejadian sama tidak berulang.

"Cikgu pun ada kaki buli ya.. reportkan aje. Biar Kementerian Pendidikan ambil tindakan... tak pasal-pasal nanti student stress dan depress.

"Guru pun kena professional. Nak hukum, biar gentle selesai kat situ. Tak perlu nak mark... nak ugut masa depan.

"Dia ingat title cikgu tu dah berkuasa sangat boleh buat macam-macam... suruh ramai-ramai mak bapa buat kes ke PPD confirm kena tendang," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain