INDIVIDU yang gemar bersendirian dan kurang bergaul sering digelar 'introvert' berbanding golongan 'extrovert' yang biasanya mudah menyesuaikan diri dan bekerjasama dalam sebuah komuniti atau kumpulan. Bagaimanapun, dalam sesetengah situasi terdapat individu yang dipulaukan rakan dan orang sekeliling kerana sikap mahupun tabiatnya yang pelik. Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi pengalamannya berkawan dengan individu yang tidak bersosial. Mengimbau kenangan pada zaman persekolahan, dia pada awalnya beranggapan individu tersebut merupakan seorang yang 'introvert' dan malu untuk bertegur sapa sehingga sering dilihat bersendirian. Sekolah merupakan tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan. -Gambar hiasan Namun selepas mula berkawan dan saling mengenali, barulah dia mengetahui kenapa rakannya itu tidak mempunyai rakan. "Perkara ni berlaku semasa aku sekolah menengah dulu, nak dijadikan cerita ada seorang budak perempuan dalam kelas aku yang pendiam sangat. "Dia suka buat kerja sendiri dan boleh dikatakan tak ada kawan, pernah beberapa kali orang ajak dia bercakap dan dia diam je seolah-olah takut nak jawab," ujarnya yang sering memerhati tingkah laku individu tersebut. Prihatin dengan situasi dialami, dia kemudian mengajak individu tersebut untuk menyertai kumpulannya bagi menyiapkan tugasan yang diberikan guru. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu masa TTC bukan main akrab, selalu luah perasaan... Dah ada 4 anak wanita terus tak balas mesej sahabat, hamil pun nak sorok ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak suka dengar sahabat beri pendapat jujur, ‘sentap’ jika teguran tak berlapik... Perlu jaga hati walau dah lama kawan Bagi memudahkan perbincangan kerja kursus yang diberikan, dia kemudian membuat satu kumpulan WhatsApp. "Aku buat group WhatsApp dan Alhamdulillah dari awal pertandingan sampai habis, semuanya berjalan lancar. "Jadi dalam kumpulan tu ada aku dan kawan-kawan dengan dia... empat orang semuanya," luahnya yang meletakkan kepercayaan kepada individu tersebut. Menurut wanita ini, sikap individu tersebut terbongkar selepas mereka saling bertukar cerita tentang rakan sekelas lain yang didapati menipu serta menukar markah peperiksaan menerusi grup WhatsApp. Kebanyakan introvert tak suka membawang, jika tengok orang membawang dia akan rasa menyampah. WARGA MAYA Katanya, individu tersebut telah melakukan screenshot perbualan tersebut dan membuat hantaran di media sosial. Mengakui terkejut dengan apa yang berlaku, dia meminta individu tersebut menurunkan hantaran yang dibuat. "Disebabkan terlalu percayakan dia, kami pun 'membawang' tentang seorang rakan sekelas yang meniru dan kantoi tukar markah peperiksaan. "Tak sangka dia screenshot mesej dan buat status. Aku tahu selepas dua kawan aku tengok status dia sedangkan dia tu ibarat pijak semut pun tak mati," tambahnya, yang kemudian memutuskan hubungan dengan individu tersebut. Kebanyakan warga maya meninggalkan reaksi kurang senang di ruangan komen balas. Hantaran yang dibuat itu mendapat perhatian warga maya sehingga ramai yang meninggalkan komen balas. Kebanyakannya meluahkan rasa tidak puas hati dan menyatakan dia seolah-olah memberi perspektif negatif kepada golongan 'introvert'. "Tak pasal-pasal orang 'introvert' kena cop sebagai jahat. "Aku pernah jumpa dengan budak yang tak ada kawan, 'expect' sama ingatkan dia tak pandai sosial tapi rupanya dia trauma pernah kena buli. Itu pun dia kena buli sebab maknya complain kat sekolah. "Salah satu sebab orang 'introvert' selesa jadi lone ranger ialah dia takut kawan tikam belakang dan kau baru je tunjuk dia, yang kau sebenarnyanya kawan red flag tu. "Kebanyakan 'introvert' tak suka 'membawang', jika tengok orang 'membawang' dia akan rasa menyampah, jadi sis membawang kisah orang dalam kumpulan yang dia ada," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube