PERKAHWINAN yang berakhir dengan penceraian tidak sepatutnya menjadi alasan untuk bekas pasangan suami isteri bermusuhan sesama sendiri. Bagi seorang lelaki, dia memilih untuk tidak lagi berhubung dengan bekas isterinya selepas mereka berpisah melalui penceraian seksyen 47, perpisahan paling harmoni tanpa membuka aib mana-mana pihak. Bagaimanapun, keputusannya ini tidak dihormati apabila dia mendakwa dirinya masih diganggu oleh bekas isteri sebagaimana dikongsikan di Facebook. "Bekas isteri masih mengganggu saya walaupun sudah lapan bulan bercerai. Saya sudah beritahu dulu yang kita ikut haluan masing-masing. Jangan kacau," jelasnya. Bekas isteri membuat tuduhan terhadap ibu saudara suami. -Gambar hiasan Menurut lelaki ini yang bercerita masalahnya di grup Tanya Peguam, bekas isteri turut membuat tuduhan tidak berasas terhadap ibu saudaranya. Dakwa wanita itu, ibu saudara mula berubah sikap ke atas dirinya selepas mereka bercerai. Ternyata, apa yang dikatakan wanita itu cuma helah semata-mata kerana bekas suaminya sudah bersua muka dengan ibu saudara untuk mendapatkan kepastian. "Baru-baru ni bekas isteri telah menghubungi saya untuk bertanya kenapa mak saudara saya sudah lain (dingin) dengan dia. ARTIKEL BERKAITAN: Beri alasan ‘awak dah tak menarik’ selepas kantoi bawa skandal balik rumah, suami gila bayang tengok isteri pasang badan ketika proses cerai ARTIKEL BERKAITAN: Dulu nak lacur bini, kini gila talak! Lelaki ‘panas’ tengok bekas isteri bertunang, canang sana sini masih belum cerai "Saya balik kampung dan bertanya hal itu tapi mak saudara saya cakap dia tak pernah pun singgah ke kedainya (bekas isteri). "Saya berjumpa dengan bekas isteri dan dia tak mengaku lalu mengatakan nak berkawan pula dengan saya. Tak nak bermusuh," ujarnya. Ternyata usaha wanita itu untuk cuba mendapatkan semula kepercayaan bekas suaminya tidak berjaya, malah permintaan untuk berbaik juga ditolak. Menurut pengadu, ajakan tersebut dianggap tidak logik apatah lagi mengenangkan kecurangan wanita itu selain pernah memburukkan dirinya sebelum ini. Dia kantoi ada hubungan sulit dengan lelaki lain juga yang merupakan suami orang. BEKAS SUAMI "Saya cakap tak nak sebab benda tak logik. Dulu semasa cerai dan selepas berpisah dia dan keluarga dia banyak mengatakan hal-hal tidak benar tentang saya. "Untuk pengetahuan, kami bercerai Seksyen 47 sebab saya tak nak panjang-panjang cerita untuk buat tuntutan nusyuz atau tebus talak. "Bekas isteri saya kantoi ada hubungan sulit dengan lelaki lain juga yang merupakan suami orang. Kami tiada anak," jelasnya lagi. Kisah yang dikongsikan ini ternyata mengundang pelbagai pandangan dalam kalangan netizen yang bersimpati dengan nasibnya. Komen netizen di Facebook. Rata-rata warga maya meminta agar lelaki ini mengelak dengan tidak lagi melayan segala kehendak bekas isterinya. "Buat tak tahu je bro. Block (sekat) je semua saluran. "Jauhkan diri. Berhijrah atau buat tak kisah. Ambil perintah mahkamah jauhkan jarak. Tak boleh mendekati kita dalam jarak beberapa meter. "Jalan terus, jangan layan. Tuan sudah terselamat dari masalah. Memberi perhatian kepadanya bererti tuan 'serah leher' semula," ujar beberapa netizen di ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube