suria

Isteri penting ibadat, seks bukan keutamaan! Suami disuruh tahan nafsu, dah lupa bila kali terakhir ‘bersama’

Pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga perlu mendapatkan khidmat kaunseling. -Gambar hiasan

MASYARAKAT sering didedahkan dengan punca penceraian yang mana kebanyakannya berlaku akibat masalah kewangan dan kecurangan.

Pendedahan seorang doktor di laman X berhubung isu ini mengundang pelbagai perspektif dan reaksi daripada warga maya.

Menerusi hantaran yang dibuat, figura tersebut yang tidak asing dalam kalangan pelayar media sosial, Dr Ahmad Samhan Awang mendedahkan antara faktor penceraian adalah disebabkan masalah seksual antara pasangan.

Perkara tersebut dinyatakannya berdasarkan luahan seorang lelaki yang mengakui mengalami masalah seksual dengan isteri sehingga terdetik hasrat untuk berpoligami.

Menjengah ke tangkap layar yang dikongsikan, lelaki tersebut menyatakan dia dipaksa untuk menahan nafsu seksual oleh isterinya sehinggakan terlupa kali terakhir melakukan hubungan intim.

Doa merupakan senjata orang mukmin terutama ketika berhadapan kesulitan. -Gambar hiasan

Doa merupakan senjata orang mukmin terutama ketika berhadapan kesulitan. -Gambar hiasan

"Saya pula isteri suruh tahan (hubungan intim) sampai lupa bila kali terakhir (lakukan) seks. Setahun tiga kali, setahun sekali... (isteri) fikir ibadah.

"Tak pernah tidur sekali, sekejap je masa awal kahwin. Isteri cari saya kalau dia mahu, kalau dia tak mahu, 100 kali minta pun belum tentu dapat," luahnya.

Situasi yang dialaminya itu membuatkan fikirannya terganggu sehingga pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesabaran suami diuji, isteri asyik cari salah walau dilayan bak puteri... Paling tak tahan mulut kuat menengking, tinggi suara

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sanggup buat 2 kerja, semua gaji guna untuk famili... Isteri tetap tak puas hati, sebabnya tak bantu buat kerja rumah

Namun, disebabkan masih dapat mengawal nafsu dan keinginan seksual, dia tetap bersabar dengan kerenah isterinya sepanjang tempoh 14 tahun perkahwinan.

Tambahan pula, isterinya menetapkan syarat termasuk penceraian sekiranya dia ingin berkahwin lain.

"Isteri puasa setiap minggu, tahajud hari-hari, tapi bab suami entah nombor berapa... apa-apa pun, maknya tetap nombor satu.

"Jarang-jarang seks, apabila terpancut awal, isteri kecam dan nyatakan sepatutnya padu.

"Kalau bab anak, dia punya kaji macam buat PhD tapi untuk suami tiada apa-apa," luahnya lagi sambil menyatakan isterinya mempunyai pekerjaan yang hebat dan mempunyai banyak aset.

Apabila tengok macam ni, rasa macam tak ada makna perkahwinan tu. Semua letak atas bahu lelaki, cakap salah tak cakap salah.

WARGA MAYA

Menurut lelaki ini, dia pernah meninggikan suara terhadap isterinya berhubung masalah yang dialami, namun malangnya, dia diherdik semula dan dilabel sebagai seorang yang baran.

Sedih dengan situasi yang dialami, dia meminta Dr Samhan untuk mendoakannya supaya mendapat seorang lagi isteri meskipun takut untuk berpoligami.

"Doktor tolong doakan saya dapat isteri solehah seorang lagi. Nak kahwin lagi pun takut, perempuan sekarang perangai pelik-pelik," ujarnya.

Perkongsian yang dibuat Dr Samhan itu mendapat perhatian warga maya selepas beliau menyatakan ramai individu terlepas pandang tentang kepentingan hubungan intim dalam sesebuah perkahwinan.

Malah pengasas Forhimclinic.com ini turut menegaskan bahawa hubungan intim dalam sesebuah rumah tangga bukanlah 'one sided'.

Ramai yang mencadangkan supaya lelaki terbabit menceraikan isterinya demi kesihatan mental.

Ramai yang mencadangkan supaya lelaki terbabit menceraikan isterinya demi kesihatan mental.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pelayar bersimpati dengan nasib lelaki tersebut dan menyifatkan isterinya sebagai tidak memahami ajaran agama yang dipelajari.

"Puasa setiap minggu, tahajud hari-hari tapi bab suami entah nombor berapa... salah letak priority, jenis yang belajar agama tapi tak faham agama ni.

"Rasanya, isteri tak boleh buat ibadah sunat kalau tak diizinkan suami.

"Apabila tengok macam ni, rasa macam tak ada makna perkahwinan tu. Semua letak atas bahu lelaki, cakap salah tak cakap salah.

"Ramai lelaki hadapi situasi ni, cuma jarang-jarang dibincangkan sebab maruah dan ego," demikian pandangan beberapa pelayar X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain