suria

Jiran ada hampir 10 kereta, parkir merata halang laluan! Lewat bangun pagi, selagi tak kejut tak kan alih kenderaan

Kawasan tepi jalan sering dijadikan parkir bagi mereka yang mempunyai banyak kereta. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan semangat kejiranan semakin pudar dalam kalangan masyarakat masa kini.

Ramai yang gemar melakukan hal sendiri berbanding menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga seperti generasi dahulu kala.

Malah, saban hari pasti akan ada luahan dikongsi di laman sosial berhubung sikap jiran yang tidak prihatin serta mementingkan diri.

Terkini, seorang wanita mengeluh tentang sikap jirannya yang didakwa tidak bertimbang rasa dan gemar mengambil kesempatan.

Parkir di hadapan rumah merupakan 'pemandangan' biasa di kawasan perumahan. -Gambar hiasan

Parkir di hadapan rumah merupakan 'pemandangan' biasa di kawasan perumahan. -Gambar hiasan

"Masalah juga kalau jiran jenis banyak kereta, satu rumah sampai tujuh, lapan buah kereta.

"Duduk kawasan perumahan taman je," ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut wanita ini, dia bukanlah cemburu melihat bilangan kereta yang dimiliki, sebaliknya berdepan masalah untuk menguruskan persekolahan anak-anak setiap pagi gara-gara kenderaan yang banyak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran ‘rancak’ besarkan rumah, lelaki terkejut juru ukur sahkan 70 peratus binaan berada atas tanahnya - “Dia buang kayu penanda”

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran parkir ‘block’ laluan masuk buat-buat pekak, hon banyak kali pun tak dengar! - “Lepas tu keluar buat muka”

Menurutnya, kesukaran berpunca daripada sikap jiran yang suka meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya sehingga menghalang laluan keluar dan masuk.

Situasi yang dialami setiap hari itu juga menyebabkan 'mood' untuk ke tempat kerja terganggu kerana terpaksa menunggu jiran keluar untuk mengalihkan kenderaan terlebih dahulu.

"Setiap pagi nak pergi kerja, nak hantar anak ke sekolah... terpaksa kejut dia bangun tidur dulu, baru nak alihkan kereta.

Ambil video dan hantar pada majlis perbandaran dan kalau rasa kuasa viral tu cepat, boleh buat je.

WARGA MAYA

"Kita ni terkejar masa dan kalau dia tak tarik handbrake pun, kudrat orang perempuan mana mampu nak tolak kereta," luahnya lagi.

Malah katanya, dia juga pernah menegur sikap jirannya serta bergaduh dan bermasam muka, namun masalah yang dihadapi tetap sama.

Hantarannya mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Selain bersimpati dengan nasibnya, ramai yang memberikan cadangan agar dia membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun meletakkan papan tanda 'dilarang parkir'.

"Ambil video dan hantar pada majlis perbandaran dan kalau rasa kuasa viral tu cepat, boleh buat je.

"Memang menyusahkan orang macam ni, elok pancit tayar kereta dia. Tak sedar diri betul, dia ingat duduk banglo.

"Jenis ambil hak orang, kalau orang parkir depan rumah dia tahu pula marah.

"Awak parkir kereta sendiri kat luar pagar rumah awak, lagi satu boleh cuba buat macam kat kedai yang tampat dekat pintu pagar 'dilarang parkir'," demikian pandangan beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman seumpamanya sehingga terpaksa berpindah rumah bagi mengelakkan pergaduhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain