suria

Pemandi jenazah geram anak lelaki sibuk nak beri khidmat terakhir mandikan arwah ibu - “Berbakti ketika mereka masih hidup”

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan

PEMERGIAN insan tersayang pastinya meluluhkan hati, satu realiti yang sukar untuk diterima apabila mereka kini berbeza alam.

Sebagai jasa terakhir, ahli keluarga terdekat dituntut untuk turut serta menguruskan jenazah seperti proses memandikan dan mengkafankan si mati.

Namun tindakan memberi khidmat terakhir ini perlulah dilakukan berpada-pada khususnya apabila berlainan jantina, misalnya antara anak lelaki dengan arwah ibunya, yang mana tidak digalakkan terlibat sama kerana boleh mengaibkan, melainkan dalam situasi darurat.

Liang lahad merupakan destinasi terakhir setiap insan. -Gambar hiasan

Melalui satu hantaran tular di laman TikTok, seorang pemandi jenazah wanita berkongsi kisah yang berkait isu ini sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Menurut wanita itu, dia perlu bertegas terhadap ahli keluarga arwah dalam hal tersebut supaya mereka tidak melanggar ketetapan agama.

"Saya hanya benarkan enam orang saja untuk berada di dalam bilik mandi jenazah, termasuk saya dan pembantu. Lagi empat adalah waris terdekat iaitu anak perempuan atau adik-beradik perempuan belah arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: Petang sampai sahur, jenazah masih tak dikebumi! AJK masjid guna kuasa veto... Letak ‘syarat zalim’, buat kubur hak eksklusif

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz dapat panggilan hospital, minta urus jenazah ‘istimewa’ selepas Zohor - “Dah separuh gali, keluar air dan berbau”

"Sepanjang pengalaman saya, beberapa kali juga pernah kena marah dengan anak lelaki yang sibuk nak mandikan jenazah ibunya, katanya 'perkhidmatan terakhir' dia. Tapi saya tetap bertegas tak benarkan.

"Kalau anak lelaki tu degil nak masuk juga, saya akan keluar dan suruh dia buat semua sendiri untuk uruskan jenazah. Sangat mengganggu perkara ni, kadang tu pintu bilik mandi jenazah dah dikunci, mereka masih ketuk sebab nak masuk.

"Sebab tu saya tekankan kita kena bertegas tentang perkara ni," ujarnya.

Kalau nak berkhidmat untuk ibu bapa, berbaktilah ketika mereka masih hidup, jangan sudah tamat hayat baru nak rajin.

WARGA MAYA

Dalam pada itu, seorang lelaki turut menyokong teguran yang dibuat oleh pemandi jenazah tersebut.

"Saya tak pasti siapa yang mulakan ajaran 'perkhidmatan terakhir' ni. Tak terpakai untuk anak lelaki mandikan jenazah ibunya atau anak perempuan mandikan jenazah bapanya.

"Hanya dalam darurat dibenarkan, contohnya memang sudah tidak ada pemandi jenazah yang sama jantina.

"Yang boleh mandikan jenazah berlainan jantina tanpa sebarang keperluan cuma suami isteri, anak-anak tak termasuk dalam isu ni," jelasnya.

Pelayar berkongsi pengalaman.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya juga menggesa orang ramai untuk mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan pihak pengurusan jenazah.

"Ada batas-batasnya ketika menguruskan jenazah ni, tak boleh sesuka hati. Kalau nak berkhidmat untuk ibu bapa, berbaktilah ketika mereka masih hidup, jangan sudah tamat hayat baru nak rajin.

"Betul apa yang diketengahkan ni, dulu waktu ayah meninggal, hanya abang dengan adik lelaki je yang mandikan.

"Apabila semua sudah hampir selesai, baru kami yang perempuan dibenarkan masuk untuk jiruskan air dekat jenazah ayah buat kali terakhir," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain