suria

Isteri lari ikut pakwe lama, tinggalkan anak-anak selepas suami bankrap - “Saya muflis pun sebab nak kayakan dia”

Seorang lelaki bersedih selepas ditinggalkan isteri demi bersama bekas kekasih. -Gambar hiasan

BENARLAH orang kata, kesetiaan isteri diuji apabila suami susah dan tidak mempunyai apa-apa manakala kesetiaan suami diuji apabila dia memiliki segala-galanya.

Begitulah nasib malang menimpa seorang lelaki, yang diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga.

Sudahlah diisytiharkan muflis bertahun-tahun atas masalah kewangan yang dihadapi, terpaksa pula menghadap ‘kehilangan’ isteri yang tidak disangka-sangka.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

“Saya muflis dah dua tahun. Semalam isteri lari dengan ex-boyfriend dia.

“Saya muflis pun sebab nak kayakan dia. Dunia ni kejam,” luahnya menerusi satu hantaran di grup Facebook.

Tanpa merujuk mana-mana pasangan, dia turut mengaitkan dirinya dengan masalah rumah tangga yang sering berlaku dalam kalangan suami isteri lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing mengaku kerja ‘gomen’... Isteri dah 2 tahun tertipu, siap buat loan beli Honda fikir suami mampu bayar

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditangkap khalwat bersama 6 lelaki, tengah syok raikan parti bujang! Bakal suami enggan kahwin, nak tuntut ganti rugi

Apa yang lebih menyedihkan, ada hubungan berakhir dengan kematian disebabkan manusia hilang pertimbangan dan tiada kewarasan akal.

“Baru aku faham kenapa banyak kes bunuh dalam kalangan suami isteri. Alhamdulillah, iman masih kuat untuk anak-anak,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan simpati terhadap nasib malang yang menimpa lelaki itu.

Lelaki dibebani hutang yang banyak. -Gambar hiasan

Malah, mereka turut bersyukur atas kesabarannya, tanpa menjadikan keganasan mahupun pertumpahan darah sebagai jalan penyelesaian.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang, serta dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Ini mindset senang bersama, masa susah tak bersama. Takziah la dapat bini serupa tahi.

WARGA MAYA

Dalam pada itu, kisah sedihnya dipersoalkan seorang warga maya kenapa tidak diceraikan sahaja isteri tersebut ketika perasaannya mula berubah.

“Dah awak nak ceraikan dia masa dia dah awal-awal tak nak dah dekat awak, dia larilah. Mungkin dah tak tahan makan bercatu, tanggung itu ini, stres dikejar pengutip hutang dan apa-apa lagi masalah dalam rumah tangga yang isteri rasa tak berbaloi nak reda dah,” katanya.

Sedih dengan tohmahan yang dilemparkan, lelaki malang itu hanya mampu menganggap ia sebagai ujian berat yang ditanggungnya sendiri.

“Cakap senang, awak tidak berada di tempat saya,” katanya secara ringkas.

Mencatu perbelanjaan bagi melunaskan segala hutang-hutang. -Gambar hiasan

Kebanyakan warga maya turut menitipkan pesanan di samping memberi kata-kata semangat kepada lelaki berkenaan supaya membina hidup baharu bersama anak-anak.

“Ini mindset senang bersama, masa susah tak bersama. Takziah la dapat bini serupa tahi.

“InsyaAllah, awak akan bangkit suatu hari nanti. Jaga anak, besar pahala awak. (Isteri) lari dengan boyfriend belum tentu dia boleh bahagia dengan tinggalkan tanggungjawab anak-anak dia tu.

“Sabar tuan, semoga Allah berikan jalan keluar dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah, setiap kesusahan ada kemudahan selepasnya. Sesungguhnya dunia adalah tempat ujian, semoga tuan dikurniakan syurga firdaus,” demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain