SETIAP apa yang berlaku dalam kehidupan ini, sama ada baik mahupun buruk pasti mempunyai hikmahnya. Begitulah prinsip yang dipegang seorang penghantar makanan tatkala dirinya diuji bertimpa-timpa dalam masa sehari ketika sedang bekerja. Berkongsi kisah melalui satu video tular di laman TikTok, penghantar makanan itu berkata pada hari kejadian, dia diminta untuk mengambil makanan pelanggan dari sebuah restoran di dalam pusat beli belah. Penghantar makanan perlu berdepan pelbagai kesukaran dalam pekerjaan harian. -Gambar hiasan Pada mulanya gembira kerana dibukakan pintu rezeki pada awal hari, dia bagaimanapun mula dibebani kesulitan satu demi satu. "Waktu order yang pertama tu, hampir sejam juga aku kena 'sidai' (tunggu lama) dengan vendor makanan. Kemudian pesanan seterusnya dapat dekat dalam mall di Putrajaya ni, aku terima dua order serentak daripada dua restoran berbeza. "Nak dijadikan cerita aku boleh sesat dalam pusat beli belah tu, dok terpusing-pusing aku mencari mana restorannya, sampai akhirnya terpaksa tanya pengawal keselamatan. Mereka cakap mungkin ada silap dekat papan tanda, itu aku jadi keliru. "Selepas dah dapat tunjuk arah, Alhamdulillah jumpa kedainya, rupanya dekat je dengan tempat aku parkir motosikal. Tak mengapalah, yang penting sudah selesai," kata penghantar makanan itu, lega seketika. ARTIKEL BERKAITAN: Sejam tunggu tak sampai-sampai, rupanya ‘walker’ penghantar makanan ambil ‘job’ 10km! - “Nak gigih biar bertempat” ARTIKEL BERKAITAN: ‘Silap’ orang minta tip, pelanggan rupanya rider otai... Terus kena ‘sekolah’ - “Kalau macam ni, orang jadi benci” Setelah seharian bekerja, masuknya waktu Maghrib, pemuda itu langsung singgah ke Masjid Putra, Putrajaya untuk menunaikan solat fardu. "Dekat sini sekali lagi aku diuji, untuk makluman, masjidnya besar dan aku baru beberapa kali pergi situ. Apabila aku masuk masjid tu, aku naik tangga untuk pergi ke dewan solat, tapi tak jumpa-jumpa. "Aku naik tangga sampai ke atas, sekali tengok dah masuk tempat perempuan. Selepas tu aku pun turun balik dan baru jumpa dewan solatnya, tercungap rasa naik turun tangga. "Apabila dah nampak dewan solat, aku pergi ambil wuduk. Waktu ni terjadi lagi satu 'rintangan', kepala paip pula tak keluar air, aku dah pusingkan habis ke kiri dan kanan. Selepas beberapa kali percubaan, baru ada air nak keluar. Risau kalau hidup terlalu senang, mungkin Allah dah tak mahu uji aku. WARGA MAYA "Aku terdetik kenapa serba serbi tak kena urusan aku pada hari tu, benda ni membuatkan aku bermuhasabah diri," ujarnya berfikir sejenak. Seakan-akan mendapat petunjuk daripada Allah, lelaki itu berlapang dada apabila mendengar bacaan surah oleh imam ketika mengikuti solat berjemaah. "Satu ayat daripada surah yang dibacakan imam tu aku rasa kena dengan situasi pada waktu tersebut, maksudnya begini, mintalah pertolongan daripada jalan-jalan sabar dan solat. "Sebenarnya Allah uji kita dengan pelbagai cara, nikmat itu boleh menjadi ujian dan kesusahan juga boleh menjadi ujian. Tujuan ujian ni adalah supaya kita kembali meminta pertolongan daripada Allah sebagai hamba. Pelayar bertukar pandangan. "Allah mahu kita sentiasa berbual dengan Dia dan itu adalah hikmah ujian. Jangan risau, Allah hanya akan uji kita dengan apa yang kita mampu," kata lelaki itu menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya kagum melihat kemampuan lelaki itu untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah. "Terima kasih atas peringatan saudara, aku kalau ditimpa musibah, aku akan berniat dalam hati dan cakap, Alhamdulillah Ya Allah, Kau masih ingat lagi hamba-Mu ini. Risau kalau hidup terlalu senang, mungkin Allah dah tak mahu uji aku. "Bekerja sebagai penghantar makanan memang penat, hanya yang betul kental boleh mengharunginya," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube