suria

Geram makcik ‘kepochi’ kritik cara masak asam pedas, wanita jawab kenapa suka guna banyak minyak - “Ya saya pakai satu kontena”

Seorang wanita terasa hati apabila masakannya ditegur seorang makcik. -Gambar hiasan

ANTARA situasi yang tidak digemari kaum Hawa adalah cara mereka memasak dikritik oleh individu lain.

Situasi sama dihadapi Siti Nafidzah apabila seorang makcik menegur cara dia memasak asam pedas.

Menurutnya dalam satu perkongsian di Facebook, makcik itu berasa kurang senang apabila melihat dia menggunakan banyak minyak untuk hidangan tersebut.

"Saya pernah kena sound (tegur) dengan satu makcik ni. Eh awak masak banyaknya minyak.

Ada wanita akan terasa hati apabila cara masakannya dikritik. -Gambar hiasan

"Masa tu buat asam pedas," ujarnya memulakan cerita.

Mengakui kata-kata itu mengguris hatinya, namun wanita ini memilih untuk menghormati makcik tersebut.

Bagaimanapun, dalam hantaran dibuat, Nafidzah menjelaskan sebab dia menggunakan minyak yang banyak.

Nafidzah berpandangan, jumlah atau kuantiti bahan yang digunakan setiap individu dalam masakannya tidak ada had dan bergantung kepada cita rasa sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau awak tak biasa masak...” - Khairulaming jawab teguran resipi banyak minyak, orang diet boleh ubah ikut selera sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak pandai masak malu pada suami, masakan selalu gagal... Rupanya ibu jadi punca wanita ini takut masuk dapur!

"Hidup ni 'keras' ye dan jangan la lurus sangat. Masak ni kita yang olah dia. Saya kalau menumis minyak memang pakai satu 'kontena' (minyak) makcik. Baru puas memasak.

"Sudah siap memasak saya cedok keluarkan minyak yang terapung-apung. Lepas tu makcik jangan la cakap pula alahai sayangnya minyak sudah guna tu pergi buang.

"Saya tak buang makcik... saya simpan buat minum kalau stres. Saya simpan dalam chiller (peti sejuk beku). Nanti nak masak asam pedas boleh je guna minyak tu semula," ujarnya.

Berdasarkan penulisannya, wanita ini dipercayai tidak puas hati kerana ditegur justeru dia berkongsi pengalamannya sambil membuat sindiran.

Saya kalau menumis minyak memang pakai satu 'kontena' makcik.

SITI NAFIDZAH

Dalam masa sama, wanita ini ingin menegaskan bahawa apabila berada di dapur, semua orang bebas memasak mengikut cara sendiri.

"Tapi kalau makcik nak cakap eh mintak sudah guna mana boleh gunakan lagi. Haa suka hati makcik la kalau tak nak guna," katanya, sinis.

Hantaran wanita ini meraih pelbagai reaksi netizen terutamanya golongan wanita.

Rata-rata warga maya bersetuju dengan apa yang dikatakan Nafidzah.

Komen netizen di Facebook.

"Saya memang jenis tak suka masak guna minyak banyak macam ni tapi sesetengah lauk terutama yang menggunakan cili kering macam asam pedas, sambal untuk nasi lemak atau lada besar kena juga letak minyak lebih baru la tak cepat basi.

"Masakan bercili, berempah memang nak masak guna minyak yang banyak. Sama, saya pun akan ceduk buang lebihan minyak lepas masak. Rempah atau cili ni kena masak betul-betul. Kalau masak dengan elok, berhari-hari pun tak basi," beberapa netizen memberikan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain