KEBERSIHAN di restoran harus diutamakan bagi mengelakkan daripada tersebarnya penyakit berbahaya kepada pengunjung. Antara aspek perlu diberikan perhatian termasuklah perkakas seperti pinggan, sudu dan gelas dibersihkan dengan teliti memandangkan ia digunakan ramai pelanggan. Namun melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita secara tidak sengaja berdepan situasi mengejutkan di sebuah warung ketika dia mahu menyedut minuman yang dipesan. Soal kebersihan tidak wajar diambil ringan oleh pengusaha gerai. -Gambar hiasan Menurutnya, dia berasa sedikit sangsi apabila melihat straw yang disertakan bersama minumannya mempunyai tompok warna kemerahan di bahagian hujung. Setelah membuat penelitian, menyirap darah wanita itu apabila mendapati warna merah itu merupakan kesan gincu, sekali gus menunjukkan penyedut minuman itu 'dikitar semula' daripada pengguna sebelumnya. "Nak berniaga tu elok-elok abang dan kakak semua. Aku sebagai pelanggan perut tengah lapar, datang singgah nak makan dan minum, sekali aku sedut air asal macam berpasir je. ARTIKEL BERKAITAN: Loya tekak! Tukang masak tegur peniaga guna pinggan mangkuk daki berkerak, penjual pisang goreng pun kena ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh tauke restoran mengaku letak ‘bahan istimewa’ dalam makanan influencer, tunggu KKM serbu! - "Dah terciduk, cakap marketing” "Bila aku angkat straw, baru nampak dah ada gincu melekat dekat bawahnya. Berniaga tu biarlah ikhlas, aku pun peniaga juga, tapi tidaklah tergamak nak recycle straw untuk bagi orang lain minum. "Lepas ni kalau nak pergi mana-mana kedai, wajib periksa dulu straw sebelum minum. Geli rasanya kalau fikir balik, dulu ada kes cawan kotor, sekarang dah next level sampai ke straw. "Atau nak lebih selamat, bawa je straw sendiri dari rumah," ujar wanita itu. Straw dan lidi sate adalah benda pakai buang, bukan guna berulang kali macam sudu garfu. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan beberapa tip untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang. "Sampai macam tu sekali eh sanggup buat sebab nak jimat kos. Ini apa yang aku biasa buat, kalau selepas makan, aku akan gunting straw atau lidi sate untuk halang peniaga daripada buat benda macam ni. Ya, lide sate pun ada yang recycle tau! Pelayar berkongsi pendapat masing-masing. "Kembangnya tekak Ya Allah! Terdesak sangat ke peniaga kita ni? Bahaya weh kongsi straw, kita tak tahu penyakit apa yang boleh berjangkit dengan pelanggan lain, kira satu bentuk penganiayaan dah tu. "Straw dan lidi sate adalah benda pakai buang, bukan berulang kali guna macam sudu garfu. Aku pernah nampak depan mata ada peniaga basuh straw sebesen untuk digunakan semula. "Selain gunting, kita juga boleh ronyokkan straw dan patahkan lidi selepas makan, jangan bagi muka dekat peniaga sebegini," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube