MENIMANG cahaya mata merupakan satu momen yang bermakna untuk setiap pasangan suami isteri. Namun realiti tidak seindah yang disangka kerana pelbagai rintangan perlu ditempuhi dalam membesarkan seorang anak. Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang lelaki berkongsikan asam garam kehidupannya selepas menambah ahli keluarga baharu. Seorang bapa memikul tanggungjawab yang berat. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu, dia mendapat pengalaman berharga apabila bergelar bapa, iaitu tidak ada perkara sempurna dalam kehidupan ini dan setiap perancangan rapi tidak semestinya akan terlaksana sebagaimana dirancang. "Satu benda yang aku belajar selepas dapat anak, banyak benda tak sempurna dalam menguruskan hal harian. "Contohnya satu situasi ni aku bagi, kita rancang nak keluar pukul 7 pagi, tapi waktu ni jugalah anak mula buat perangai. Akhirnya pukul 7.30 pagi baru selesai semua, ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ibu bapa anggap pusat tahfiz ‘tempat buangan’... Pilihan terakhir selepas gagal didik anak nakal, tak pandai akademik ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelajar bongkar punca masalah sekolah tahfiz, tak setuju anak hingusan disuruh berdikari - “Ramai trauma, rasa tak selamat” "Ia bukanlah sesuatu yang buruk sebagai ibu bapa, tapi kita kena terima dengan hati terbuka dan cuba perbaiki. Daripada sini juga aku boleh simpulkan bahawa ujian besar menunggu mereka yang panas baran. "Jadi kepada golongan sebegini, kena berlatih awal untuk mengubah karakter pemarah tu sebelum dapat anak. Banyak cabaran dekat depan nanti. Tapi ingat, hidup itu memang tidak sempurna dan ia adalah normal," ujarnya menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut berkongsikan pandangan mereka dalam hal ini. Kita juga akan risau yang anak kita membesar dengan cepat dan kita mungkin ada terkurang dalam membimbing dia WARGA MAYA "Antara ragam bayi yang lain adalah dia suka tidur lewat tanpa sebab, kita ingat dalam waktu tertentu dia nak tidur dah, sekali dua hingga tiga jam selepas tu baru lelap. Penatnya menunggu. "Satu lagi, ketika kita ingat bayi dah bersedia untuk keluar makan angin, tiba-tiba waktu masuk kereta juga dia nak berak. Sepanjang masa tadi dalam rumah tidaklah dia nak membuang pula. Pelayar bertukar pandangan. "Letih kita nak kena masuk rumah semula untuk tukar lampin dia. Selain itu kita juga akan risau yang anak kita membesar dengan cepat dan kita mungkin ada terkurang dalam membimbing dia. "Tapi jangan risau, Mufti Menk pernah cakap, jangan bandingkan cara kita membesarkan anak dengan ibu bapa kita kerana dunia dulu dan sekarang tidak lagi sama," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube