suria

Dulu masa TTC bukan main akrab, selalu luah perasaan... Dah ada 4 anak wanita terus tak balas mesej sahabat, hamil pun nak sorok

Kesibukan menguruskan anak membuatkan kebanyakan suri rumah tidak sempat memeriksa telefon. -Gambar hiasan

SAHABAT merupakan insan paling rapat dan menjadi individu yang dapat mendengar luahan segala perkara termasuk hal peribadi.

Adakalanya, hubungan dengan sahabat adalah lebih akrab berbanding darah daging sendiri.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita berkongsi perjalanan hidupnya dengan sahabat yang tinggal berjauhan selepas masing-masing bergelar isteri.

"Saya ada sahabat rapat tapi kami berjauhan, kahwin pun pada tahun yang sama, 2016. Dulu selepas kahwin, saya terus lekat anak pertama dan dia TTC (cuba untuk hamil) dua tahun.

Kebanyakan wanita gemar merahsiakan kehamilan. -Gambar hiasan

Ada wanita gemar merahsiakan kehamilan. -Gambar hiasan

"Sepanjang TTC tu, dia selalu bertanya dan saya akan kongsikan pelbagai perkara... kami selalu menghubungi antara satu sama lain," ujarnya memulakan cerita.

Menurut wanita itu yang enggan identitinya didedahkan, kemesraan yang terjalin antara mereka berlarutan sehinggalah sahabatnya disahkan hamil dan melahirkan anak pertama.

Dia bagaimanapun terkejut melihat perubahan drastik sikap teman baiknya itu selepas selamat melahirkan anak kedua.

Lebih menyedihkan apabila, rakannya bukan sahaja kurang meluangkan masa bersama, malah selalu mengabaikan mesej yang dihantar.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak suka dengar sahabat beri pendapat jujur, ‘sentap’ jika teguran tak berlapik... Perlu jaga hati walau dah lama kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat beri hand socks, surat! Gadis tenang ditegur dah berubah, tudung makin singkat - “Saya rindu awak yang jaga aurat”

"Sekarang saya TTC anak kedua dan dia pula dah bersalin anak ketiga, tapi sejak dia ada anak ni... saya selalu kena 'sidai' (tertunggu-tunggu) balasan WhatsApp dia.

"Tapi kalau nampak gambar dekat status saya, laju je dia tanya 'dah ada isi atau belum?'. Apabila saya balas 'belum', dia akan sambung 'sidai'," luahnya lagi.

Pada masa sama dia mengakui sedih dengan sikap sahabatnya yang 'muncul' semata-mata bertanyakan khabar mengenai kehamilan.

Malah dia turut tertanya-tanya kenapa sahabat baiknya enggan berkongsi berita tentang kehamilan dan hanya memuat naik di status media sosial semata-mata.

Mungkin dia tak mahu cerita sebab tak semua orang teruja nak tahu pasal kita ni... lagipun dia bimbang kecewakan awak yang TTC anak kedua.

WARGA MAYA

"Saya dapat tahu dia bersalin anak keempat melalui status WhatsApp pada Jumaat, saya tertanya-tanya kenapa dia tak kongsikan dengan saya.

"Saya gembira untuk dia tapi saya sedih sebab dia jadi sombong sedangkan dulu saya tak pernah sombong dengan dia.

"Lagipun tak salah kalau kita nak kongsikan dengan kawan rapat tentang kehamilan ni, lagi sedih apabila rakan TTC hanya tahu selepas bersalin sahaja," tambahnya, sayu.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil memberikan kata-kata semangat kepadanya dan meminta dia sentiasa berfikiran positif.

Warga maya memberikan komen positif kepadanya.

Warga maya memberikan komen positif kepadanya.

Tidak kurang juga yang beranggapan sahabat baik wanita ini tidak mempunyai masa untuk melayan mesej kerana sibuk menguruskan anak-anak.

"Saya anak dua pun kadang-kadang tak sempat tengok WhatsApp, tak sempat balas dan ada yang terlupa terus. Beratus tak buka, anak empat lagi la tak sempat.

"Mungkin dia tak mahu cerita sebab tak semua orang teruja nak tahu pasal kita ni... lagipun dia bimbang kecewakan awak yang TTC anak kedua.

"Awak positif ya, dah ada anak pun. Lainlah macam saya yang usia agak banyak dan kahwin lambat... tapi saya dan dua sahabat baik memang sekapal, belum dikurniakan zuriat," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain