suria

“Miskin tak apa, jangan bodoh!” - Wanita ‘angin’ tengok budak 5 tahun berniaga sendirian, mak ayah ‘sedap’ lepak mamak

Seorang kanak-kanak lelaki dibiarkan bersendirian di kaki lima sebuah premis oleh ibu bapanya. -Gambar hiasan (kanan)

BARU berusia lima tahun, namun seorang kanak-kanak lelaki dibiarkan bersendirian menunggu barang jualan di kaki lima sebuah premis.

Paling tidak disangka, rupa-rupanya ibu dan bapa kepada kanak-kanak berkenaan tanpa rasa bersalah pergi menjamu selera di sebuah restoran berhampiran.

Perkongsian mengenai kanak-kanak malang itu yang dimuat naik oleh seorang wanita menjadi tular di laman TikTok, dengan rata-rata netizen mengecam sikap tidak berperikemanusiaan penjaga kanak-kanak tersebut.

Menurut wanita berkenaan, dia tidak dapat menahan perasaan marah apabila kanak-kanak lelaki itu memberitahu bahawa ibunya tidak membenarkan dia untuk turut serta makan di restoran.

anak 2

Ibu bapa sepatutnya menitikberatkan keselamatan anak-anak lebih-lebih lagi kes jenayah semakin meningkat ketika ini. -Gambar hiasan

"Miskin tak apa, tapi jangan bodoh! Aku teringat ada laki bini dekat (restoran) mamak yang aku makan tadi. Satu meja tu saja ada laki bini, table lain mampak orang yang bekerja.

"Salah seorang saja yang pergi makan tak boleh ke? Seorang lagi duduklah dengan budak tu.

"Angin betullah aku. Budak tu cuma berumur lima tahun, tak bersekolah. Bila tanya datang naik apa, (katanya) naik kereta. Ada pula kereta!" luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh tinggal ‘kerja’ mengemis, wanita dapat bantuan RM1,500 cabut lari! Tinggalkan bilik sewa percuma - “Habis kudrat aku bantu kau”

ARTIKEL BERKAITAN: Video suami isteri bawa anak kecil mengemis tular, Zakat Selangor segera cari... Tapi lain pula yang dijumpai

Kasihan melihat kanak-kanak berkenaan, wanita tersebut memberikannya roti dan biskut untuk mengalas perut.

"Tak sabar-sabar dia minum air. Sampai kemek botol dia sedut. Dia memang haus.

"Memang hauslah kalau kau (ibu bapa) biarkan budak tu panas-panas dekat situ.

"Bila tanya ada adik-beradik tak? Dia kata ada lagi. Tak payah beranak ramai-ramailah kalau tak boleh nak jaga!" luahnya geram.

Bawa pergi balai terus, buat report. Nanti ibu bapa kena denda sebab pengabaian.

NETIZEN

Bagaimanapun wanita berkenaan tidak menceritakan lebih lanjut mengenai tindakan yang diambil selepas memberikan kanak-kanak tersebut makanan dan minuman.

Sehingga kini, video yang dikongsikan di laman TikTok meraih 47,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warga maya mengecam sikap ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi kejam.

komen anak

Warga maya meluahkan rasa geram dengan sikap ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

"Pasangan macam ni lagi teruk daripada mereka yang childfree.

"Trend sekarang ni mak ayah suruh anak-anak kecil kerja untuk duit poket... so true!

"Tak semua manusia layak jadi ibu bapa. Nak menangis tengok budak ni macam ni.

"Bawa pergi balai terus, buat report. Nanti ibu bapa kena denda sebab pengabaian," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain