BUKAN mudah melupakan insan tersayang yang sudah tiada, apatah lagi banyak kenangan manis telah dicipta bersama. Namun seberat mana pun kesedihan yang ditanggung, kita perlu bangkit dan 'move on' dari masa lalu dan membuka lembaran kehidupan baharu. Jangan disebabkan terbuai dengan kenangan, tanpa disedari kita sebenarnya sudah melukakan perasaan insan lain. Demikianlah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook. Bertemu jodoh dengan seorang duda yang kematian isteri, wanita ini meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan sikap suaminya yang masih belum melupakan arwah biarpun sudah empat tahun kehilangannya. "Memang kalau berpisah mati, tak boleh ke 'buang' apa yang tak perlu? "Aku sebenarnya tak la kisahkan sangat. Tapi gambar dalam gallery semua gambar arwah isteri. Space dalam almari pun 70 peratus pakaian arwah isteri. "Buku pink arwah pun masih disimpan. Surat arwah in out hospital pun disimpan, dalam dompet pun gambar isteri di bawah gambar arwah isteri. "Lima keping gambar suami dan arwah disimpan rapi dalam dompet," kongsinya. Sudah pastinya suami mahupun isteri tidak dapat melupakan kenangan manis atau pahit bersama pasangan masing-masing. -Gambar hiasan Bukan itu sahaja, tambah wanita berkenaan, suaminya juga kerap beri alasan apabila sekali sekala diajak keluar bersiar-siar atau bercuti. Menurutnya, meskipun alasan demi alasan diberikan suami, namun dia sedar lelaki tersebut sebenarnya mahu mengelak mengunjungi lokasi yang boleh membangkitkan kenangan dengan arwah isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami B40 nak cepat kaya, habiskan gaji main judi! Tapi nak beli pencuci pinggan pun tak mampu, isteri bebel terus ugut cerai ARTIKEL BERKAITAN: “Bisnes ini tolong bayar kereta dia!” - Isteri terkejut dapat tahu suami ‘tikam belakang’, rancang jahanamkan perniagaan "Bila ajak pergi mall, alasan dia ramai orang. Padahal dekat situlah tempat selalu dating dengan arwah isteri. "Bila ajak pergi air terjun, alasan dia kencing tikus. Hakikatnya banyak gambar suami dengan arwah isteri dekat air terjun. "Bila ajak pergi pantai, terlampau beralasan dan banyak gambar suami dengan arwah dekat pantai," luahnya. Tak salah nak simpan tapi janganlah over sangat sampai abaikan nafkah zahir batin isteri baru. NETIZEN Menafikan dirinya cemburu dengan arwah isteri suaminya, wanita tersebut berkata dia sekadar meluahkan rasa kecewa kerana dirinya seolah-olah tidak wujud dalam kehidupan lelaki tersebut. "Sampaikan layanan atas katil pun dibezakan. Lastly, aku buang gambar aku dari dompet suami. "Aku tak lagi ajak suami ke mana-mana yang aku nak, dan aku pergi sendiri. Sampaikan tahap bersama pun... sampai hilang keyakinan aku," luahnya lagi. Hantaran wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan pelbagai reaksi. Ada yang meluahkan rasa simpati seolah-olah dapat merasai penderitaan wanita berkenaan, namun tidak kurang juga ada yang menasihatkannya supaya memberi masa kepada suaminya untuk bangkit. Reaksi warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Suami puan masih hidup dalam kenangan. Dia kahwin dengan puan sekadar jaga makan minum pakai dia je. Maaf cakap, maybe dia anggap puan orang gaji. "Gaya suami tu macam ada terkilan apa-apa sebelum arwah meninggal. Macam ada benda dia tanggung dan rasa bersalah dengan arwah isteri sebab tu dia susah nak move on. "Tak salah nak simpan tapi janganlah over sangat sampai abaikan nafkah zahir batin isteri baru. "Minta air penawar dengan ustaz, bagi pulihkan semangat dia," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube