suria

Ada kembar tapi tak rapat, pemuda teresak-esak adik kesayangan jadi isteri orang - “Jarum di tudung pun dia cabutkan”

Ikatan di antara dua beradik ini cukup erat.

DI sebalik kegembiraan dan rasa syukur menerima ahli keluarga baharu, majlis akad nikah ini turut menyaksikan tumpahnya air mata seorang jejaka.

Ketika dihubungi mStar, Norliza Gazali, 43, berkata anak lelakinya, Mohd Arifuddin Mohd Zainuddin, 22, sebak melihat pengantin perempuan yang merupakan adik kesayangannya sah menjadi isteri orang.

Norliza berkata, majlis akad nikah dilangsungkan pada 10 Ogos lalu di Masjid Besar Tengku Mahkota Abdullah di Kuala Rompin, Pahang.

"Dalam video tu, Arif menangis dekat sebelah ibu saudara dia. Dia ni sebenarnya anak kembar seiras saya.

"Arif ni adik dan memang kami panggil dia adik pun. Kembar dia yang abang tu tak rapat sangat dengan adik mereka yang berkahwin ni.

"Jadi tak hairanlah dia menangis sebelah mak saudara dia masa tu apabila tengok adik perempuan kesayangan dah jadi hak orang lain," ujarnya.

Arif (hadapan, kanan) bersama keluarga selepas selesai majlis akad nikah.

Bercerita lanjut, video yang meraih lebih 120,000 tontonan itu dirakam oleh ibu saudara Arif yang turut tersentuh melihat reaksinya.

"Makciknya kena pujuk sebab masa tu adik dia tengah sibuk dengan proses tanda tangan apabila sah menjadi isteri orang.

"Dia menangis lebih kurang 15 minit juga la. Pengantin tahu yang Arif menangis, dia cuma mampu tahan sebak sebab masa tu tak dapat nak tenangkan abangnya," kata Norliza.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara si bongsu, satu famili menangis! Pengantin pun tak hirau mekap, terkenang momen bersama keluarga... selalu jadi driver ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak nikah, adik nangis belakang pakcik! Sebak kenang memori membesar bersama - “Tinggallah saya seorang diri”

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, Norliza bersyukur apabila majlis akad nikah yang dirancang berjalan lancar.

Bercerita lanjut mengenai keakraban Arif dan adiknya, Fatin Natasha, Norliza berkata mereka berdua sememangnya rapat sejak kecil lagi.

Malah, Arif yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan juga ada meluahkan rasa sayu sebaik sahaja Fatin menyatakan hasratnya untuk berkahwin.

Arif yang cabutkan jarum daripada tudung dan tanggalkan segala perhiasan atas kepala adik dia.

IBU

"Dia ada cakap pada saya, lepas ni Arif dah tak ada kawan bergaduh. Tak ada yang teman Arif pergi 'healing'. Sampaikan kalau balik dari tempat belajar, apa-apa hal pun adik dia tahu dulu.

"Sebagai ibu mestilah sebak tengok mereka. Sepanjang jalan pengantin nak ke masjid pun Arif teman. Siap tolong pakaikan stoking.

"Lepas selesai majlis akad nikah pun, Arif yang cabutkan jarum dari tudung dan tanggalkan segala perhiasan atas kepala adik dia," ujar si ibu.

Fatin selamat dinikahkan dengan pilihan hati pada 10 Ogos lalu.

Menurut Norliza yang mempunyai enam cahaya mata ini, dia pasti Arif juga akan menjadi orang paling sedih dalam majlis persandingan Fatin pada 31 Ogos ini.

Jelas Norliza, rakaman video yang viral itu hanyalah sebahagian daripada durasi sebenar 30 minit namun dia memilih untuk tidak berkongsi keseluruhannya sebaliknya hanya mahu dijadikan simpanan peribadi sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain