suria

Luaran je cantik! Mekanik bongkar sejarah kereta terpakai, pernah kemalangan teruk... Wanita rela hangus deposit

Keunikan kereta Proton Iriz membuatkan ramai wanita ingin memiliknya. -Gambar hiasan

KERETA merupakan antara keperluan utama masyarakat masa kini.

Tidak hairanlah ramai yang menetapkan spesifikasi khusus sebelum membeli kereta atau mempunya model idaman tertentu.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang wanita yang pada awalnya berasa gembira kerana berjaya mendapatkan kereta idaman, tampil meluahkan rasa sedih apabila hasrat untuk memilikinya tidak kesampaian.

Kereta yang pernah terlibat kemalangan dipercayai akan mudah rosak. -Gambar hiasan

Kereta yang pernah terlibat kemalangan dipercayai akan mudah rosak. -Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, dia turut mengalami kerugian berikutan deposit tempahan pembelian berjumlah RM500 tidak dikembalikan.

"Saja nak luah, sedih betul burn deposit RM500 sebab tempah (Proton) Iriz terpakai (keluaran) 2019 yang variant premium.

"Dalam seminggu ni asyik terbayang akan bawa Iriz sebab pinjaman diluluskan," luahnya memulakan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda nak beli kereta ‘full loan’, berangan pakai Proton X70... Jurujual pening dapat tahu gaji bersih hanya RM1,100

ARTIKEL BERKAITAN: Beli kereta terpakai ‘cash’, siap dah belanja RM400 untuk baiki... Sudahnya susah hati tengok berderet rekod saman lampau

Dia yang enggan identiti didedahkan berkata, keterujaan dan angan-angan untuk memandu model kereta berwarna putih itu, bagaimanapun musnah selepas mengetahui keadaan asal kenderaan berkenaan.

Katanya, mekanik yang memeriksa kereta tersebut memberitahu terdapat pelbagai komponen baharu dipasang termasuk salur paip petrol, absorber dan keempat-empat tayar.

Berdasarkan pengalaman mekanik itu, penukaran komponen seperti salur paip petrol adalah janggal bagi kenderaan yang usianya kurang 10 tahun, melainkan terdapat faktor luaran seperti kemalangan.

Ganti paip petrol baharu, bukan agak teruk tapi memang teruk kemalangan tu. Burn RM500 tak apa, jangan puluh ribu.

WARGA MAYA

"Saya bawa mekanik untuk periksa, sekali saya dimaklumkan kereta bekas kemalangan. Absorber, keempat-empat tayar dan salur paip petrol ditukar baharu.

"Tak tahu la major atau minor, tapi kalau ikut situasi semasa... macam major sebab semua fishy. Kereta tamat cukai jalan dan tayar pun tahun yang sama juga," ujarnya kecewa.

Meskipun sedih, wanita ini tetap menzahirkan rasa syukur kerana dia mengetahui kondisi kereta terlebih dahulu sebelum perjanjian jual beli ditandatangani.

Selain bersetuju, terdapat warga maya yang mempromosikan harga jualan terkini di ruangan komen

Selain bersetuju, terdapat warga maya yang mempromosikan harga jualan terkini di ruangan komen

"Saya rela deposit hangus daripada rugi puluhan ribu nanti," tambahnya sayu.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya bersetuju dengan tindakan yang dibuat wanita ini.

Tidak kurang juga yang mengambil peluang mengiklankan kenderaan masing-masing.

"Pilihan bijak, elok biar lebur RM500 daripada kena ribu riban nanti.

"Ganti paip petrol baru, bukan agak teruk tapi memang teruk kemalangan tu. Burn RM500 tak apa, jangan puluh ribu.

"Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak di masa hadapan," demikian nasihat beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain