PERDEBATAN mengenai penggunaan koc tren dilihat masih tidak mempunyai kesudahannya. Masing-masing menegakkan hujah tersendiri lebih-lebih lagi apabila tularnya insiden 'pencerobohan' penumpang lelaki ke dalam koc berwarna merah jambu yang dikhususkan untuk wanita. Terbaharu dalam satu ciapan di laman X, seorang pelayar tampil bersuara mengenai pandangannya dengan menganggap langkah mewujudkan koc wanita adalah idea yang sama sekali tidak praktikal. "(Koc) Women only ni idea benak. Cukup dengan (koc) family dan men only. "Yang perempuan sila travel satu coach dengan mereka yang bawa anak bini. Koc yang 'lelaki sahaja' perempuan tak boleh naik," tulisnya pada ciapan berkenaan. Pelayar tersebut turut memuji idea mewujudkan koc famili dan koc lelaki (standard) yang dilaksanakan di Qatar, yang baginya wajar dicontohi oleh Malaysia. Koc untuk wanita ditanda dengan warna merah jambu. -Gambar hiasan "Qatar buat begini. Better idea dan pelaksanaan. "Dan tak ramai lelaki pun, sebab yang ada cuma bapa-bapa orang... koc famili ramai perempuan. "Kalau perempuan masuk dalam koc standard, memang segan habis sebab penuh sangat dengan lelaki," hujahnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai buat tak nampak koc pink! Mujur ada abang rider, berani hambat lelaki keluar ruang khas wanita ARTIKEL BERKAITAN: Atuk berjubah ceroboh koc wanita, buat aksi ‘terlampau’ dalam tren, “Saya nangis depan dia” Sehingga kini ciapan pelayar tersebut meraih lebih 1,400 retweet. Sementara itu, ruangan komen pula meriah dengan pandangan warga maya yang memberikan reaksi bercampur, dengan ada yang bersetuju sekiranya idea sama dilaksanakan di negara ini. Bagi mereka, idea ini bukan sahaja dapat melindungi keselamatan wanita, malah lebih adil kerana hampir kebanyakan tempat duduk didominasi wanita biarpun mereka mempunyai koc khusus. Orang hendak prioritize safety perempuan yang balik kerja malam, idea kau pulak prioritize lelaki... sebab kena berdiri. Manja! NETIZEN "Saya setuju. Kalau pergi kedai makan Arab especially Arab yang ambil kisah hal agama ni, diorang akan separate men only and family only... so yang ladies akan makan sekali dekat family side. "Saya rasa okay je pembahagian coach macam ni. Perempuan masih rasa selamat masuk coach family walaupun single. "Bukan nak menafikan keselamatan perempuan. Tapi lagi bagus practice macam ni. Campurkan wanita dan keluarga. Bukan saperate perempuan saja," komen netizen. Namun, sebahagian yang lain pula memberikan pendapat sebaliknya malah menyifatkan ia tidak praktikal untuk diaplikasikan di negara ini. Pelbagai reaksi netizen terhadap pandangan individu berkenaan. "Tidak bijak langsung. Family di Malaysia bawa kereta... penumpang perempuan yang bekerja dan naik train di Malaysia sangat ramai. "Orang hendak prioritize safety perempuan yang balik kerja malam, idea kau pulak prioritize lelaki... sebab kena berdiri. Manja! "Jarang gila nak jumpa family commute daily guna train, weekend je baru nampak. Daily memang individual, working class with group of school students sikit. "Benda elok dekat negara lain, tak semestinya elok dekat negara kita," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube