suria

Makcik berpurdah berebut sambal kerang, kuat menyindir... Wanita tengah beli nasi lemak tahan sabar, hormat orang tua

Bertoleransi sesama manusia adalah satu amalan mulia -Gambar hiasan

PENGALAMAN pahit seorang wanita ketika berdepan individu yang tidak tahu menjaga adab serta tutur kata mengubah persepsinya terhadap peribadi seseorang.

Menurut wanita berkenaan, situasi yang dialaminya sewaktu ingin membeli nasi lemak di sebuah gerai yang menjual sarapan pagi cukup membuatkan dia tergores hati.

"Makcik sebelah saya ni asyik bising, lebih kurang macam ni dia cakap... orang nak ambil kerang, dia ambil bagi habis. Mana cukup tiga bungkus ni.

"Saya renung dia, tengok muka sudah berumur, pakai purdah lagi. Saya cedok sikit saja sambal kerang dalam bekas tu.

Suasana gerai yang dikunjungi wanita itu.

"Dia boleh cakap saya ambil sampai habis," ujarnya menceritakan semula tentang kejadian itu dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah wanita itu dia pada mulanya cuba untuk membela diri namun membatalkan hasrat tersebut demi menghormati golongan lebih tua.

Sebagaimana dijelaskannya lagi, dia tidak menghabiskan semua lauk sambal kerang seperti yang dikecohkan wanita berusia itu tadi.

Sebaliknya dia turut mengambil pelbagai jenis lauk pauk lain seperti ayam berempah, telur mata, sambal kerang, ikan bilis serta kacang dengan harga RM6.

"Sebab dia dah tua, jadi saya abaikan dia. Walaupun saya tahu dia cakap kuat-kuat nak bagi saya dengar. Allahuakbar makcik... benda masih ada lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Berniqab tetapi perangai buruk, macam mana tu? Ia bukan trend! Fahami tujuan pemakaiannya seperti digariskan dalam Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik berniqab herdik gadis berzikir guna tasbih digital, dianggap mengada-ngada - “Kami dulu ingat guna kepala je”

"Kalau muda lagi tadi... mahu juga mulut saya nak menjawab. Saya beli pakai duit saya, suka hati la nak ambil lauk apa pun. Benda ada depan mata, nasib la siapa dapat bukan cedok habis pun," kata wanita itu lagi.

Perkongsiannya di Facebook ini turut mengundang pelbagai reaksi netizen.

Malah kebanyakannya memberikan pendapat mereka masing-masing berikutan hantaran yang tular tersebut.

Kalau kita bertutup litup elok, biar seiring dengan sikap atau akhlak kita.

PENGADU

"Setuju kak, pakaian tidak melambangkan keperibadian.

"Tu namanya rezeki. Ada rezeki, ada la. Bersangka baik.

"Sebenarnya betul apa yang dikatakan tuan tanah (pemilik posting). Kita ambil daripada sudut positif. Apabila sudah berpakaian terbaik (sebab saya pun berpurdah). Kita kena beri contoh tauladan yang baik.

"Orang akan melihat luaran dulu. Beradab dan berakhlak mulia la setanding dengan apa yang kita perjuangkan (pakaian sunnah). Sama-sama kita perbaiki," ujar netizen.

Dalam pada itu, tersebut turut membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan hantarannya yang berkemungkinan menggores hati golongan berpurdah.

Komen netizen di Facebook.

"Apa-apa pun, saya nak cakap sekiranya kita berpakaian macam tu jagalah aib kita. Daripada luaran sudah nampak elok, manis... tapi apabila bersikap macam tu automatik nampak imej dibawa tu tak kena dengan pakaian.

"Jaga la perangai yang dibawa supaya orang tak pandang sinis. Betul pakaian yang menutup aurat tu tuntutan Allah tapi jangan sebabkan perangai kita, rosak habis imej yang kita bawa.

"Kalau kita bertutup litup elok, biar seiring dengan sikap atau akhlak kita," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain