suria

Ejen rumah sewa tak beragak kaut untung! Wanita lega dapat jimat banyak lepas jumpa ‘owner’, dedah caj tersembunyi

Ramai yang membuat kira-kira sebelum bersetuju dengan kadar sewaan. -Gambar hiasan

PERKHIDMATAN yang ditawarkan ejen hartanah pastinya memudahkan urusan banyak pihak terutama golongan penyewa dan pemilik rumah.

Bagaimanapun, kebanyakan individu sedia maklum tentang kos yang perlu dikeluarkan apabila mendapatkan khidmat daripada kumpulan ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita mendedahkan perbezaan kos yang perlu dikeluarkan sekiranya menggunakan khidmat ejen dengan melakukan semua urusan sendiri.

"Alhamdulillah, saya dah dapat direct owner. Kat sini saya cuma nak kongsikan pasal perbincangan saya dengan pemilik rumah.

Menyediakan rumah yang baik adalah tanggungjawab pemilik. -Gambar hiasan

Menyediakan rumah yang baik adalah tanggungjawab pemilik. -Gambar hiasan

"Pada masa sama, saya ada berurusan dengan ejen rumah yang ingin disewa tu... terlalu banyak beza harganya," coretnya di laman Facebook.

Bagi menjelaskan perbezaan harga tersebut, dia memperincikan setiap kos yang dinyatakan ejen hartanah berkenaan.

Dia, dalam masa sama turut berkongsikan bayaran yang ditetapkan pemilik rumah.

Berdasarkan hantaran yang dibuat, kebanyakan warga maya meluahkan rasa terkejut apabila perbezaan kos mencecah RM1,200.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal bagi penyewa ‘rasmi’ rumah teres baru beli, pemilik sayu unit dilingkupkan! Sewa tak sampai 2 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen rumah sewa buat ‘magic’ dalam kontrak, tiba-tiba penyewa kena tanggung kos servis 4 aircond! Lelaki hilang deposit RM2,800

Jumlah tersebut perlu dibayar bakal penyewa kerana pemilik rumah tidak menetapkan bayaran untuk perjanjian (agreement) sewaan sebagaimana ejen hartanah.

"Harga sewa yang pemilik bagi, sewa sebulan RM1,400. Deposit dua bulan dan deposit untuk utiliti RM200, jumlah keseluruhan RM4,400 sebab agreement ditanggung pemilik.

"Harga ejen bagi, sewa sebulan RM1,400 bersama deposit sewaan dua bulan. Deposit utiliti sebanyak RM400 dan kontrak perjanjian dicaj RM1,000, total adalah RM5,600," jelasnya.

Susulan itu, dia turut mempertikaikan untung sebanyak RM2,600 yang diambil ejen hartanah tersebut bagi rumah yang mahu disewa.

Biasalah jenis-jenis pekerjaan yang macam tu, untung atas angin memang tak beragak.

WARGA MAYA

Malah katanya, ejen juga akan mengambil bayaran satu bulan daripada deposit rumah yang telah dibayar bakal penyewa.

"Dalam keadaan sekarang, jangan fikir duit senang nak dapat tapi kamu (ejen) nak cari makan pun agak-agaklah.

"Tak kesian ke pada orang yang gaji sikit, yang hidup kais pagi makan pagi," tambahnya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan tawaran perkhidmatan ejen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangannya tentang jumlah komisen yang diambil golongan ejen.

Pengurusan kewangan penting bagi memastikan perbelanjaan tidak tersasar. -Gambar hiasan

Pengurusan kewangan penting bagi memastikan perbelanjaan tidak tersasar. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, ada yang menyatakan ia adalah bayaran kepada perkhidmatan yang ditawarkan dengan menganggapnya sebagai rezeki individu tersebut.

"Nama pun ejen, dah rezeki dia macam tu... perjalanan rezeki setiap orang tak sama sis.

"Biasalah jenis-jenis pekerjaan yang macam tu, untung atas angin memang tak beragak.

"Ada juga yang bersuara akhirnya, rezeki kalau dapat sewa direct dengan pemilik sendiri," demikian pandangan beberapa warga maya.

Kebanyakan warga maya meluahkan rasa terkejut dengan perbezaan kos.

Kebanyakan warga maya meluahkan rasa terkejut dengan perbezaan kos.

Dalam pada itu, salah seorang pelayar yang pernah menawarkan perkhidmatan sebagai ejen hartanah tampil mengesahkan keuntungan diterima, seperti yang dikongsikan wanita ini.

"Saya pernah jadi ejen sewa rumah di Damansara, Kuala Lumpur tapi dah lama, sekitar 2007. Kami caj penyewa mengikut permintaan deposit, kalau pemilik nak satu bulan deposit, jadi kami caj 2+1 sebab satu bulan deposit untuk ejen.

"Perjanjian sewaan memang pemilik tak tanggung. Deposit dan utiliti terpulang pada pemilik, kami ambil caj satu bulan deposit dan perjanjian sewaan saja.

"Sejujurnya, stamping agreement tu berapa puluh ringgit saja tapi yang (dikongsikan) ni ambil tinggi juga," ujarnya berkongsi pengalaman sebagai ejen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain