suria

Pemuda rimas lihat diskusi rumah tangga di media sosial, pelik pasangan bermasalah minta nasihat orang dah bercerai berai

Rumah tangga memerlukan persefahaman antara suami dan isteri. -Gambar hiasan

NASIHAT atau tip mengenai cara mengekalkan keharmonian rumah tangga nampaknya sudah menjadi satu lambakan di media sosial.

Saranan, cadangan atau petua-petua tersebut jika diikuti, dikatakan dapat mengekalkan institusi kekeluargaan yang dibina.

Namun melalui satu hantaran di laman X, seorang lelaki menyelar perkongsian sedemikian kerana dikatakan membawa lebih banyak mudarat daripada manfaatnya.

Perbincangan di alam maya tidak sama dengan situasi dunia sebenar. -Gambar hiasan

Menurut lelaki berkenaan, jika hendak mendapatkan nasihat tentang kehidupan, carilah daripada orang yang tepat.

"Tak faham kenapa sesetengah orang kita dok layan nasihat rumah tangga daripada mereka yang sudah bercerai berai.

"Bukannya nak memalukan golongan berkenaan tapi cuba kita fikir analogi mudah ni, kita tak akan ambil nasihat kewangan daripada seseorang yang sudah diisytiharkan muflis kan?

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat isteri pemalas, suami tercari-cari kemanisan rumah tangga... Setiap hari bangun lewat, ‘berkira’ beri layanan batin

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidup bergelumang maksiat, mengaku janda demi cinta 10 lelaki! Makin naik kepala dapat suami ‘terpaling’ sabar

"Sama juga tentang soal perkahwinan ni, jangan terikut-ikut pesanan daripada mereka yang gagal menjaga rumah tangga sendiri. Mudah saja!

"Mungkin sedikit kasar apa yang aku cuba ketengahkan ni, tapi berjaga-jaga dengan siapa kita minta nasihat, ia secara tak langsung boleh mempengaruhi kehidupan kita," ujarnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut berkongsi pandangan yang sama.

Pergi la masuk balik kursus kahwin tu, kalau hanya berdasarkan 'pengalaman sendiri' atau 'cerita benar' lupakan saja.

WARGA MAYA

"Kita kena ingat satu benda, bahtera perkahwinan setiap insan tu berbeza-beza. Apa yang seseorang tu nasihat, mungkin tak sesuai dengan yang lainnya, tidak akan boleh sepadan untuk semua.

"Tapi kalau daripada segi prinsipnya, kita boleh seragamkan iaitu daripada Nabi Muhammad SAW, macam mana baginda mengemudi rumah tangga boleh menjadi petunjuk untuk kita semua.

Pelayar bertukar pandangan.

"Jika nak menasihati pasal rumah tangga, harus bersumberkan dalil dan ilmu yang kukuh sandarannya. Ini tak, masing-masing duduk 'melalak' dekat media sosial, semua nak tegakkan perspektif sendiri.

"Pergi la masuk balik kursus kahwin tu, kalau hanya berdasarkan 'pengalaman sendiri' atau 'cerita benar' lupakan saja, memang semakin sesat yang mendengarnya," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain