HIDUP berjiran perlulah saling bertoleransi dan bertimbang rasa antara satu sama lain. Sikap ini penting bagi mengelakkan wujudnya insiden bermasam muka dan tidak harmoni sehingga menganggu kehidupan harian. Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang lelaki meluahkan rasa buntu susulan sikap jiran yang tidak bertimbang rasa. Lebih merunsingkan apabila, isu tersebut sudah berlarutan selama lebih 20 tahun. Mereka yang hidup berjiran perlu saling menghormati dan menjaga adab. -Gambar hiasan Mana tidaknya, binaan kekal milik jiran telah memasuki sempadan tanah keluarganya tanpa kebenaran. "Jira rumah jiran termasuk dalam tanah kita... isunya sudah lebih 20 tahun, jiran masuk dalam kawasan tanah," luahnya. Dia yang pada awalnya beranggapan jirannya itu tidak mengetahui tentang persempadanan tanah, pernah mencadangkan supaya dia mendapatkan khidmat tukang ukur tanah. Bagaimanapun, jirannya hanya mendiamkan diri sehingga dia akhirnya mengeluarkan kos sendiri untuk tujuan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Jiran suka buat ‘kepala sendiri’, luaskan dapur sampai langgar sempadan! Apabila tegur terus nak ‘tabur’ duit, tak fikir isu kemudian hari ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas terkejut, lot tanah baru beli ada 2 geran... Staf pejabat tanah pula angkuh suruh saman - “Fail pakcik dah kena buang!” "Saya ajak sukat tanah tapi dia buat tak tahu, kemudian saya keluarkan duit sendiri untuk sukat dan memang sah tapak rumah dia termasuk dalam tanah saya," ujarnya. Selepas tanah diukur, dia terkejut apabila lebihan binaan rumah jiran terletak di atas 70 peratus ruang tanah miliknya. Merupakan pemegang geran tanah bersama ibunya selepas pembahagian harta pusaka selesai, ujar lelaki ini, jirannya juga bertindak mencabut kayu penanda yang dipacak bagi menentukan sempadan tanah. "Sekarang jiran tu mungkin dah lama tahu dan buat-buat tak tahu dia 'termakan' tanah saya semasa buat rumah. 70 peratus rumah dia atas tanah saya. Lapor polis dia cabut, saya buat perkara sama... dapatkan peguam dan pagarkan kawasan. WARGA MAYA "Tiang marker merah yang dipasang juru ukur pun dibuangnya. Saya jadi mati akal nak menegur jiran macam ni," katanya yang berharap masalah dapat diselesaikan dengan sistem perundangan. Dia yang tinggal di Salor, Kota Bharu di Kelantan berkata, bapanya juga telah mewakafkan jalan kiri dan kanan rumah untuk kemudahan bersama. Tambahnya, jiran berkenaan yang hanya bekerja kampung didapati masih membesarkan rumahnya daripada menggunakan kayu kepada batu. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dan memintanya mendapatkan perkhidmatan peguam bagi memastikan haknya sebagai pemilik tanah terpelihara. Beberapa cadangan warga maya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah. Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan jika isu tersebut tidak diselesaikan dalam masa terdekat sehingga akhirnya melibatkan anak cucu. "Buang batu sempadan pun dah kira salah... lagi satu bincang dengan dia nak faraid adik beradik susah jika tak selesaikan dengan baik. "Lantik peguam untuk teruskan tuntutan pencerobohan tanah. "Buat pagar kemudian letak notis tanah encik tu sampai mana. "Lapor polis dia cabut, saya buat perkara sama... dapatkan peguam dan pagarkan kawasan, orang macam ni sebenarnya dah tahu pasal batu sempadan," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube