suria

Pemandu e-hailing mengaku kerja ‘gomen’... Isteri dah 2 tahun tertipu, siap buat loan beli Honda fikir suami mampu bayar

Seorang pemandu e-hailing kini berdepan isu dengan isterinya. -Gambar hiasan

BAGI sesetengah orang, kehidupannya tidaklah semewah seperti yang disangka.

Berkongsi cerita, seorang lelaki memaklumkan dirinya bergelar suami sejak dua tahun lalu sambil membuat pengakuan dia sebenarnya menipu isteri mengenai pekerjaannya.

“Saya ada masalah yang sangat besar sekarang ni. Saya dah dua tahun nikah. Apa yang isteri saya tahu bahawa saya kerja kerajaan (penjawat awam).

“Sebenarnya saya kerja pemandu XXX (e-hailing) je. Selama ni saya tipu dia untuk kesenangan hidup,” luahnya di grup Facebook.

Isteri membuat pinjaman bank untuk pembelian kereta baharu. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia pada mulanya menjangkakan dapat menambah pendapatan berlipat kali ganda pada tahun ini dengan hasil pendapatan sebagai pemandu e-hailing.

Disebabkan begitu yakin, dia nekad membeli kereta baharu dengan bantuan isterinya yang membuat pinjaman bank.

“Saya buat loan atas nama isteri saya... saya beli Honda Accord untuk buat (e-hailing),” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami paksa isteri ‘resign’ lepas 6 bulan kahwin, enggan bayarkan hutang loan pendidikan 70K... Pandai-pandailah fikir sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri merajuk suami beli Honda FL5! Siap keluar simpanan 6 angka bayar down payment... Cita-cita nak berhenti kerja terbantut

Namun nasib tidak menyebelahinya kerana apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang.

Lebih memburukkan keadaan apabila dia mengalami kekangan kewangan sehingga bayaran balik pinjaman kereta tertunggak.

“Sekarang dah dua bulan sangkut payment,” katanya.

Memeriksa jumlah bayaran pinjaman yang tertunggak. -Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, dia tetap meneruskan penyamaran di hadapan isterinya dan melakukan kerja sebagai pemandu e-hailing apabila berada di luar rumah.

“Saya keluar pakai kemeja acah-acah kerja ‘gomen’. Saya risau kantoi dengan isteri saya. Hutang dah sangat banyak,” katanya yang buntu dengan masalah yang dialaminya.

Pengakuannya itu ternyata mengejutkan warga maya yang tidak menyangka dia tergamak menipu isterinya sendiri sehingga membuat pinjaman bank untuk membeli kereta.

Terus-terang sekarang lebih baik daripada isteri dapat tahu sendiri di kemudian hari.

WARGA MAYA

“Buat loan tak nak kalah, beli Accord. Kenapa tak beli Saga BLM je buat (e-hailing)? Tipu pula bini sendiri. Kena apa-apa menyesal tak sudah. Bini habis canang dah merata suami kerja ‘gomen’.

“Dah la guna nama bini buat loan. Beli Accord pula tu. Jual balik la kereta tu, guna Axia je. Hentikan keinginan nak kelihatan mewah. Masih sempat nak balik ke pangkal jalan.

“Dah nak kantoi baru gelabah cari jalan. Hidup ni jangan nak bergaya, asalkan makan pakai cukup,” demikian antara komen warga maya.

Seorang suami buntu apabila menipu isteri. -Gambar hiasan

Meskipun dikritik hebat kerana tindakannya menipu isteri, masih ada warga maya yang bersimpati dengan nasibnya dan cuba memberi penyelesaian.

“Cakap je ‘Abang dah berhenti kerja. Abang sekarang bawa (e-hailing). Abang berhenti sebab jiwa abang tak ada kat ‘gomen’. Abang nak kerja sendiri. Rezeki daripada Allah. Maafkan abang, sayang'.

“Terus-terang sekarang lebih baik daripada isteri dapat tahu sendiri di kemudian hari. Kejujuran susah nak cari dan tidak dijual beli. Kesilapan boleh diubah, mana manusia tak buat silap,” komen beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain