ISU kewajipan dan tugasan melibatkan suami isteri sering menjadi perdebatan di media sosial. Sebenarnya, tugas hakiki isteri hanyalah melayani suami dan bukan melakukan tugasan di rumah seperti mengemas mahupun memasak. Berpegang kepada prinsip tersebut, seorang wanita memohon pandangan dan nasihat warga maya tentang cara untuk meminta suaminya melakukan kerja-kerja di rumah kerana dia turut bekerja. Menerusi hantaran di laman X, dia meluahkan rasa letih namun dalam masa sama terpaksa mengemas rumah dan menjaga anak-anak. "Bab kemas rumah memang out. Aku rasa sebab cara dia dibesarkan, mak dia yang buat semua perkara. Kebanyakan wanita berkerjaya membantu menyumbang kepada kewangan keluarga. -Gambar hiasan "Tak ada didikan dari kecil, jadi kemas rumah memang aku yang kena buat. Aku penat, rumah semak nak mati. Nak kemas hari-hari tapi tak larat. "Banyak kali dah cakap dengan dia, tapi tetap sama je," luahnya kecewa. Menurut wanita ini, meskipun suaminya tidak membantu urusan mengemas rumah, namun lelaki tersebut boleh menjaga anak-anak dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Asyik kritik kerja isteri, lelaki serba ‘sempurna’ terima padah lepas pasangan masuk wad! Anak-anak tak terurus, baju busuk biar berlonggok ARTIKEL BERKAITAN: Buat semua kerja rumah, tak culas beri nafkah... Isteri tetap anggap suami tak perfect sebab tak pandai masak Malah dia turut mengakui suaminya seorang yang rajin dan sanggup melakukan dua kerja demi memastikan kewangan keluarga mereka mencukupi. Malah kata wanita ini, suaminya akan memberikan semua pendapatan yang diperoleh kepadanya. "Suami aku rajin cari duit. Kalau gaji RM10,000, memang semua tu dia bagi sedangkan aku pun bekerja. Kebanyakan wanita pandai memasak selepas berkahwin. -Gambar hiasan "Dia seorang yang penyabar, kalau bergaduh pun dia tak tinggi suara... tetap layan aku dengan penuh hormat. "Bab jaga anak pun dia tak berkira, anak-anak pun pilih dia," ujarnya menceritakan kebaikan suami. Luahan wanita itu menyebabkan dirinya dikritik kebanyakan warga maya yang menganggap dia seorang yang tidak bersyukur. Malah ada yang menyatakan dia boleh mendapatkan khidmat pembersih rumah berbanding mengharapkan bantuan daripada suami yang sanggup berhempas pulas melakukan dua kerja demi mencari nafkah. Kebanyakan warga maya meminta wanita ini mengupah orang gaji. "Duit banyak tapi buta hati, otak pun tak guna. Kalau dia dah mampu bagi 10k tu yang kau gembar gemburkan, upahlah orang gaji. Laki kau dah buat dua kerja dan kau nak dia buat kerja rumah lagi? "Suami tu pun pandai rasa penat, dia buat dua kerja dan duit bagi 100 peratus pada kau. Kalau pasal kemas rumah je tak puas hati, tu memang masalah kat kau. "Upah orang gaji harian, baju gosok kat dobi yang boleh hantar ke rumah... betul penat, suami kau pun penat juga tu. "Pelik la hang ni, gaji suami isteri banyak... upahlah orang gaji mingguan, kalau semak sangat suruh dia datang dua kali seminggu," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube