suria

Lelaki ‘baik’ bengang, tempik wanita takut naik lif sekali dengannya - “Kau ingat aku jahat ke?”

Insiden jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga. -Gambar hiasan

KEHIDUPAN sebagai seorang wanita berbeza daripada lelaki, yang mana hampir setiap masa mereka perlu berwaspada dengan keadaan sekeliling, risau ada bahaya menanti.

Tambahan pula dengan kes jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini, pastinya menambahkan rasa paranoid dalam kalangan wanita.

Pelbagai langkah berjaga-jaga wajar diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa mereka yang berniat tidak baik.

Langkah pencegahan jenayah perlu dikuatkuasakan sebelum terlambat. -Gambar hiasan

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita berkongsikan satu situasi menjengkelkan ketika hendak memasuki lif dengan seorang lelaki tidak dikenali.

"Dengan segala 'benda' yang tengah terjadi dekat wanita sekarang, jangan la tersinggung perasaan kalau ada perempuan tak mahu naik lif sekali dengan awak. Lagi-lagi lif tu kosong dan di tempat yang sunyi.

"Lelaki tak faham apa yang kami sebagai perempuan terpaksa hadap setiap hari. Sini aku ceritakan satu pengalaman kurang menyenangkan ketika naik lif, waktu tu aku bersendirian dengan seorang lagi lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos gila seks, pihak atasan takut bertindak! Ramai bengang mangsa masih diam, bertahan - “Dia anggap kamu suka, nak lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Masuk bilik saya, 106” - Iman rider diuji, ditawar ‘nikmat duniawi’ waktu kerja... Pelanggan nak bayar makanan dengan maruah pun ada!

"Aku macam tak sedap hati, jadi aku bagi lelaki tu naik dulu, manakala aku tunggu lif seterusnya. Tiba-tiba lelaki tu tempik aku, kau ingat aku jahat ke? Cuba fikir, kita tak boleh tahu siapa yang berniat buruk sampai benda tu terjadi.

"Pelik pula kenapa lelaki tu tiba-tiba nak marah? Katakan dirinya betul baik, biar je la perempuan tak mahu naik lif sekali pun, bukannya menyusahkan dia," ujarnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat ada baiknya untuk seseorang wanita itu mempercayai firasat atau gerak hati yang berbisik bahawa ada sesuatu yang tidak kena

Mungkin ego dia tercalar tu, siapa je yang tak tersakiti apabila sedar dirinya tak dipercayai oleh perempuan.

WARGA MAYA

"Kalau seseorang tu perlu cakap diri dia baik untuk kelihatan baik, maksudnya ada benda tak kena la tu tentang diri dia. Mungkin dia punya aura ada sesuatu yang negatif, biasanya perempuan je dapat baca.

"Mungkin ego dia tercalar tu, siapa je yang tak tersakiti apabila sedar dirinya tak dipercayai perempuan.

"Betul apa yang sis buat tu, ambil pengajaran daripada kisah silam saya. Waktu tu saya umur 10 tahun, duduk di pangsapuri, turun bawah nak beli air Milo, apabila naik semula ke atas, ada pakcik ni ikut masuk sekali.

Pelayar berkongsi pengalaman.

"Selepas pintu lif tutup, pakcik tu tiba-tiba tarik zip dan keluarkan kemaluan dia sambil cakap, adik boleh tolong? Terkedu aku. Apabila pintu lif terbuka je, aku terus jerit dan lari keluar, pakcik tu sempat cakap, eh kenapa?

"Sampai sekarang aku trauma naik lif seorang diri kalau dengan lelaki," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain