ASET dimiliki seseorang seperti kediaman atau tanah adalah sangat berharga nilainya. Setiap aset yang dimiliki perlulah diurus secara bijaksana supaya dapat menjamin keuntungan dan memberikan kesenangan pada masa hadapan. Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang lelaki yang merupakan ejen hartanah berkongsikan kisah tragis ketika menyelia urusan jual beli sebuah rumah. Tempat perlindungan antara keperluan asas seorang manusia. -Gambar hiasan Menurut ejen hartanah itu, dia sedikit sangsi dengan keputusan seorang individu yang menjual rumah miliknya sedangkan dia tidak mempunyai tempat tinggal lain. "Pemilik rumah tu ada dua orang anak dan seorang isteri, kalau dia jual rumah ni, mana mereka nak tinggal nanti? Apabila aku tanya, baru dapat tahu yang dia sebenarnya terjerat hutang. "Dekat keliling pinggang dia ada lima pinjaman peribadi kena lunaskan, sampai dah tak mampu nak teruskan bayar rumah sekarang. Dia tak mahu rumah tu kena lelong dan akhirnya terjadi masalah blacklist. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kerja ‘gomen’ diperguna adik-beradik buat hutang RM80k! Suami pula tolong ‘kambus lubang’ bayar separuh elak muflis ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak ‘beri muka’ kepada isteri bab duit belanja... Dah sediakan semua keperluan, jangan harap dapat walau 10 sen "Aku macam pelik, dah kenapa sampai lima kali dia pergi buat pinjaman peribadi, mustahil tak sedar yang dia tak mampu bayar. Dah tahu diri terbeban, kenapa tambah lagi beban? "Apabila dia jawab, aku jujur terkedu dengar jawapan dia," ujar ejen hartanah itu, sekali gus insaf mendengar kisahnya. Berdasarkan apa yang diceritakan kepadanya, pemilik rumah itu membuat pinjaman sehingga lima kali kerana mahu membiayai kos pengajian anaknya. Kalau sayang anak sekalipun biarlah berpada-pada, ini sudah menzalimi diri namanya. WARGA MAYA "Gaji ayahnya cuma RM2,200, kedua-dua anak nak sambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Sebab tu dia terpaksa bebankan diri buat lima pinjaman peribadi. "Allahuakbar, apabila pulang je aku terus keluar air mata mengenangkan nasib si ayah, satu pengorbanan yang sangat besar. Dia sanggup biarkan dirinya sehelai sepinggang asalkan impian anaknya boleh ditunaikan. "Dia beritahu aku, untuk hutang je dia kena bayar RM2,500 setiap bulan, maksudnya pendapatan bulanan dia memang negatif. Dia harap dengan duit daripada jual rumah tu, boleh la langsaikan kesemua pinjaman peribadi yang diambil. "Ayuh kita doakan semoga urusan dia menjual rumah tu dipermudahkan dan segala hutangnya boleh diselesaikan sesegera mungkin. Kepada anak pemilik rumah ni, belajar rajin-rajin dan bantu semula ayah apabila dah berjaya nanti," katanya. Pelayar berkongsi pandangan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut menzahirkan rasa simpati dengan nasib individu berkenaan. "Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Kesian sangat rasa, tak sangka sampai macam tu sekali penderitaannya. "Aku sebagai anak dulu pernah berada dalam situasi sama, ayah memang tak mampu sara pengajian, jadi aku ambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Apabila habis belajar, aku bayar sendiri, tak kacau ayah pun. "Kalau sayang anak sekali pun biarlah berpada-pada, ini sudah menzalimi diri namanya. Kepada anak-anak pemilik rumah tu, kalian memang tak ada inisiatif sendiri ke cari duit? Cukup-cukuplah menyusahkan mak ayah," demikian komen beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube