PERASAAN ingin tahu yang membuak-buak dalam situasi tertentu boleh membawa padah. Jika diperhatikan loji rawatan kumbahan berhampiran kediaman anda, dapat dilihat papan tanda kawasan larangan memberi amaran kepada orang awam supaya tidak masuk ke kawasan itu. Ramai pasti beranggapan larangan berkenaan dibuat kerana faktor kebersihan dan risiko penyakit berjangkit, memandangkan kawasan itu digunakan untuk mengumpul tinja manusia. Loji rawatan kumbahan hanya boleh dimasuki pekerja yang bertauliah. -Gambar hiasan Namun melalui satu video tular di laman TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Radin Fikri menjelaskan insiden lemas merupakan bahaya utama yang menanti di dalam loji ini. Menurutnya, kolam air loji kumbahan sedikit unik berbanding kolam lain kerana sesiapa yang memasukinya sama ada sengaja atau tidak akan karam ke dasar walaupun perenang terhandal sekali pun. "Kolam takungan di dalam loji rawatan kumbahan dilengkapkan dengan satu alat yang dikenali sebagai diffuser. Ia bertujuan untuk memasukkan oksigen ke dalam air supaya bakteria senang hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Penjaga loji cabut lari nampak 5 ekor ular ‘berbaris’, tak sempat bertenang diganggu pula 3 susuk tubuh tanpa wajah ARTIKEL BERKAITAN: Ibu leka dengan telefon, anak kecil nyaris lemas dalam kolam renang... mujur ada hero umur 11 tahun pantas selamatkan "Bakteria ni diperlukan untuk menguraikan najis dengan lebih pantas. Apabila air itu kaya dengan molekul oksigen, ia menjadi kurang tumpat dan menyebabkan daya keapungan juga menurun. "Kalau sesiapa terjatuh ke dalam kolam ni, memang akan tenggelam terus ke bawah, susah nak naik semula ke atas. Sungguh malang nasib mangsa. "Kita panggil kolam ini sebagai aerated water, jadi berhati-hati ya semua," ujar Radin memberikan penerangan. Aku pernah kerja loji kumbahan, ingat kolam tu cetek je, sekali bila keringkan rupanya kedalaman dia boleh masuk sebuah bas. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan pendedahan itu dan berkongsikan insiden kemalangan dalam negara yang pernah berlaku di loji rawatan kumbahan. "Nak senang faham, apabila jatuh dalam aerated water, ia boleh diibaratkan macam kita skydive ke bawah tanpa adanya payung terjun, memang terus tenggelam ke bawah. Ini kerana majoriti molekul air tu terdiri daripada udara. Pelayar memberikan penjelasan lanjut. "Dulu dekat Johor Bahru ada budak main-main panjat pagar loki dan kemudian terjatuh dalam kolam ni, terus lemas. "Aku pernah kerja loji kumbahan, ingat kolam tu cetek je, sekali bila keringkan rupanya kedalaman dia boleh masuk sebuah bas," demikian komen beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube