SESETENGAH pasangan mengimpikan untuk memiliki zuriat yang ramai sebagai penyeri rumah tangga. Impian ini tidak salah dan bukan satu masalah apabila pasangan suami isteri itu stabil daripada segi kewangan, selain bertolak ansur melakukan tugas menguruskan rumah tangga dan menjaga anak-anak. Namun bilangan anak yang ramai mungkin menjadi bebanan sekiranya hal ehwal rumah tangga diserahkan sepenuhnya kepada isteri, sebagaimana yang dialami oleh wanita ini. "Saya tengah buntu dan sekarang rasa kecewa dekat suami sebab dia tak memahami saya. "Saya baru bersalin kaedah caesarean bulan Januari, anak baru nak masuk tujuh bulan. Baru-baru ni saya rasa tak sedap badan dan cepat penat. "Saya dapat detect saya mengandung lagi... so semalam saya test UPT (ujian kehamilan air kencing). Memang betul apa yang saya rasa. UPT positif," luahnya dalah satu laman grup di Facebook. Suami dan isteri sewajarnya berkomunikasi agar urusan rumah tangga berjalan lancar dengan kerjasama kedua-dua pihak. -Gambar hiasan Menurut wanita tersebut yang juga ibu kepada empat cahaya mata, dia sudah cuba mengamalkan perancangan keluarga namun kebanyakan kaedah yang digunakan gagal. "Saya dah ada 4 orang anak, seorang normal yang lain semua caesarean... saya tak ambil perancang atas sebab-sebab tertentu. "Badan saya tak sesuai dan dulu saya pernah depression semasa ambil perancang Depo (Depo-Provera). Semua perancang saya guna tak menjadi. "(Ambil) ubat pun saya lekat anak nombor dua, Depo lekat anak nombor tiga dan IUCD anak nombor empat sampai bleeding teruk... trauma saya. "Jadi saya berfikir untuk merancang sendiri. Permulaan suami okay... lama-lama dia lupa apa yang dah dijanjikan," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati suami terlalu kuat kerja, isteri luah perasaan di Facebook... Bengang langsung tak tolong kerja rumah - “Bini bibik ke?” ARTIKEL BERKAITAN: Isteri stres sikap suami, jaga bayi tapi cuai sampai undang bahaya... Ramai syak taktik tak disuruh bantu lagi Bukan mahu menolak anugerah atau amanah yang dikurniakan oleh Allah, namun ujarnya dia tidak bersedia menimang cahaya mata kelima kerana bayi bongsunya masih menyusu badan, selain anak-anaknya yang lain masih kecil. "Yang ini jaraknya sangat dekat. Saya masih trauma caesarean yang lepas. "Saya betul-betul dalam tekanan sangat-sangat sebab masih susukan anak dan yang lain-lain semua saya urus. Suami jarang dekat rumah. Bahaya betul suami jenis macam ni. Nak tak nak, puan kena jumpa doktor pakar juga... tanya apa yang patut. NETIZEN "Saya rasa tak mampu nak tahan mental dan penat sangat sekarang ni. Apa pendapat semua? Patut tak saya terminate baby ni? Saya takut... saya buntu," luahnya lagi. Perkongsian wanita berkenaan mengundang simpati warga maya yang seolah-olah memahami situasi yang dihadapi. Rata-ratanya menyarankan supaya wanita tersebut mendapatkan nasihat doktor pakar selain berkomunikasi dengan suaminya. Sebahagian komen netizen terhadap luahan wanita berkenaan. "Ceasarean dah tiga kali, risiko adhesion colid pun tinggi, lepas tu nak kena ceasar lagi. Ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. Better kita jagalah diri kita elok-elok. "Sampai hati suami tak beri kerjasama. Bahaya betul suami jenis macam ni. Nak tak nak, puan kena jumpa doktor pakar juga... tanya apa yang patut. "Sementara masih di awal kandungan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Doktor lebih tahu sama ada badan puan kuat dan mampu untuk kandungan seterusnya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube