SEORANG ibu tergamak 'membuang' anak kandungnya selepas membina hidup baharu dengan lelaki lain. Kisah meruntun jiwa itu dikongsikan oleh adiknya menerusi satu pendedahan di Facebook yang mana dia bersimpati dengan nasib anak perempuan kepada kakaknya itu. Tidak mendedahkan identiti diri, dia tampil menceritakan kisah ini kerana ingin membela nasib malang anak saudara yang ditinggalkan ibunya tanpa belas kasihan. "Saya ada seorang anak saudara perempuan berusia 14 tahun. Dia dibuang oleh ibu kandungnya setelah berkahwin baharu. Seorang adik terkilan dengan sikap kakaknya. -Gambar hiasan "Ibunya langsung tidak memberikan nafkah atau bertanya khabar. malah jika anaknya cuba berhubung, akan dimaki dan dihina. "Ibu kandungnya telah memutuskan pertalian dengan anak serta kami keluarganya," dia menceritakan situasi yang terjadi. Menurut pengadu, anak saudaranya itu kini ditinggalkan bersama nenek (ibu pengadu) yang tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehidupannya. Memandangkan ibunya mempunyai masalah kewangan untuk membiayai kos persekolahan, anak saudaranya itu terpaksa berhenti belajar. ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya konsep ‘childfree’ makin popular di Malaysia, kahwin tapi tak mahu anak... Suami isteri rasa serabut jika ada zuriat! ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal di Amerika, bapa anak 5 tak peduli reaksi mat salih sekeliling... Pelik ada pasangan pilih hidup childfree, zuriat satu rahmat "Kini anak saudara saya di bawah jagaan ibu saya iaitu neneknya yang berusia 80 tahun dan tiada pendapatan langsung. "Saya sedang berusaha untuk ambil alih hak penjagaan anak saudara saya tapi diugut oleh kakak... jika saya ambil anaknya, dia akan buat tuduhan menculik. "Saya cuma mahukan masa depan yang baik untuk anak saudara saya kerana dia anak yang sangat baik dan pintar," katanya lagi. Enggan membiarkan nasib anak saudaranya menjadi lebih buruk, dia mahu berusaha mendapatkan keadilan mengikut undang-undang. Pelik la kakak awak ni. Buat je la aduan dekat JKM. NETIZEN Dalam hantarannya di grup Tanya Peguam, dia mendapat pelbagai respons netizen yang memberikan pendapat mereka berkaitan isu dibangkitkan. "Boleh ke pejabat JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dulu untuk minta nasihat dan pandangan. "Kakak tu tak nak bagi awak jaga tapi dia pun tak nak jaga? Nak suruh mak yang 80 tahun tu jaga? Komen netizen di Facebook. "Pelik la kakak awak ni. Buat je la aduan dekat JKM. Lepas tu tuntut hak penjagaan penuh supaya apa-apa surat rasmi awak boleh tanda tangan. Lepas tu pergi sekolah anak saudara beritahu situasi sebenar," komen beberapa netizen. Membalas salah satu komen warga maya, dia turut menjelaskan anak saudaranya ini sudah kematian bapa pada usia dua tahun. Malah, dia didakwa sering menjadi mangsa buli menyebabkan kanak-kanak itu kerap ponteng sekolah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube