suria

Pemuda herdik individu ‘tiada rupa’ tapi pakai perfume bau kuat... Buang masa, sia-sia orang sekeliling pandang

Penampilan diri yang menarik akan meningkatkan keyakinan seseorang. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan rupa paras dan penampilan seseorang menjadi tarikan utama apabila berada di khalayak.

Sejak kebelakangan ini, baik lelaki mahupun wanita akan memakai wangian sebagai pelengkap penampilan diri sekali gus meningkatkan keyakinan untuk bergaul dengan orang sekeliling.

Bagaimanapun, harus diingat tidak semua orang berasa selesa dengan individu yang mengenakan wangian kuat sehingga dapat dihidu dari kedudukan jauh.

Ciapan asal seorang individu yang dipercayai menghina fizikal seseorang.

Ciapan asal seorang individu yang dianggap menghina fizikal seseorang.

Meluahkan rasa tidak puas hati, seorang lelaki membuat hantaran berhubung individu yang memakai minyak wangi dengan bauan kuat sehingga membuatkan dia terpanggil untuk melihat wajah si pemakai.

Hantarannya itu menjadi tular dan mengundang kecaman sehingga dirinya dikritik warga maya.

"Boleh tak kalau tak ada rupa tu, jangan nak pakai perfume bau yang sedap sampai aku rasa nak tengok kau siapa.

"Aku tak nak sia-siakan masa aku untuk terpusing-pusing nak tengok kau siapa, aku tak suka benda sia-sia," ciapnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu badan berlemak, kini berotot! Wanita kongsi realiti, lelaki gemuk jadi kurus banyak red flag... Berlagak, rasa diri terpaling hebat

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bermesej dengan awek ramping, 2 bulan kemudian isteri meninggal! Suami remuk hati periksa handphone, troli Shopee arwah

Meskipun sudah memadam hantaran yang dibuat, namun terdapat beberapa individu yang sempat membuat tangkap layar dan kemudian berkongsi di platform media sosial masing-masing.

Susulan posting itu, seorang pelayar X berpandangan lelaki tersebut tidak layak mengkritik rupa paras mana-mana individu mahupun mengherdik sesiapa yang memakai minyak wangi.

"Nampak satu status yang cakap, kalau tak ada rupa jangan pakai perfume sedap-sedap sebab dia tak mahu rasa sia-sia dengan rupa orang tu walaupun bau sedap," ujarnya.

Habis tu kalau tak ada rupa kena bau busuk ke macam mana?

WARGA MAYA

Menyifatkan hantaran tersebut sebagai salah satu bentuk body shaming, dia turut mempersoalkan rupa paras lelaki tersebut yang sewenang-wenangnya mengkritik wajah hamba Allah lain.

Malah baginya, menghalang individu lain mengenakan wangian adalah satu perkara yang tidak wajar dan melambangkan hasad dengki dalam diri seseorang.

"Kau siapa? Hodohnya dalaman kau sampai nak menghakimi rupa paras orang lain kemudian nak halang orang daripada pakai perfume," tambahnya lagi.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Hantaran yang dibuat itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakan menyokong tindakannya dan turut sama mengkritik sikap lelaki terbabit.

"Kalau kau tak ada rupa tapi dapat buktikan kau pakai perfume Hermes atau Creed yang original, memang ada je orang nak. Berduit tu mengatasi rupa.

"Duit sendiri, biarlah dia nak pakai perfume apa pun.

"Habis tu kalau tak ada rupa kena bau busuk ke macam mana?

"Self entitlement syndrome, dia ingat dia saja yang baik dan layak segalanya," demikian kritikan warga maya yang geram dengan hantaran dibuat lelaki terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan