PASANGAN mana yang mahukan rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian. Apatah lagi ketika usia perkahwinan baharu setahun jagung, sudah pasti ia sesuatu yang pahit untuk diterima. Demikianlah juga dengan kisah dikongsikan seorang wanita ini yang mendedahkan rumah tangganya kini ibarat retak menanti belah, biarpun baharu beberapa bulan melangsungkan pernikahan. "Kami baru nikah awal tahun ni dan majlis sanding belah saya dah selesai, tak ada masalah. Majlis belah lelaki akan datang bulan September ni, gabung dengan majlis adik suami. "Saya tak ada masalah rumah tangga cuma suami saya ada masalah kewangan. Majlis dah nak dekat, tapi suami saya ada masalah kewangan untuk bayar full payment. "Sebab majlis gabung dengan adik dia, jadi suami saya jenis ikut je nak majlis macam mana. Komunikasi adalah kunci keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan "Total cost almost RM30,000 tapi suami saya tak cukup duit untuk langsaikan bayaran majlis iaitu RM15,000 selepas bahagi dua dengan adiknya. Ada baki lagi RM12,000," luahnya dalam satu laman grup Facebook. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, dia sudah beberapa kali memujuk suaminya untuk 'menarik diri' daripada turut serta dalam majlis bersanding berkenaan agar tidak terbeban. Namun ujarnya, suaminya tetap berkeras mahu meneruskan majlis berkenaan dengan alasan ia tidak dapat dibatalkan memandangkan tarikhnya sudah terlalu dekat. ARTIKEL BERKAITAN: “Bisnes ini tolong bayar kereta dia!” - Isteri terkejut dapat tahu suami ‘tikam belakang’, rancang jahanamkan perniagaan ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati suami terlalu kuat kerja, isteri luah perasaan di Facebook... Bengang langsung tak tolong kerja rumah - “Bini bibik ke?” "Saya dah beritahu suami, saya tak kisah kalau tak ada majlis sanding belah dia. Tak ada pun tak apa, saya okay. "Saya dah bagi dia suggestion kalau majlis tak boleh cancel, saya tolong jual atau gadai barang kemas yang saya ada termasuk gelang hantaran. "Tapi dia tak benarkan, dia tak nak susahkan saya. Saya beritahu pakai duit simpanan saya dulu tapi dia tak nak juga sebab dia rasa bersalah dah pernah pinjam duit saya sebelum ni "Saya sedih, tak tahu nak tolong suami macam mana," luahnya lagi. Ada masalah ugut cerai... fikir-fikirkanlah suami spesies apa begini. NETIZEN Tambah wanita tersebut, apa yang lebih membuatkan dia bertambah sedih apabila lelaki tersebut mahu menceraikannya sekiranya tiada jalan penyelesaian terhadap masalah kewangan yang dihadapi. "Tambah pula suami dah dua bulan tak bagi saya nafkah. Tapi tak apa, saya faham dia tengah susah dan saya bekerja... masih ada duit sendiri. "Saya percaya rezeki Allah, ada masa kita senang, ada masa kita susah. Saya tak salahkan suami saya, saya faham dia tengah susah dan perlukan seseorang untuk faham dia. "Saya betul-betul perlukan pendapat daripada orang lain. Dah dua hari saya sedih, menangis sebab benda ni. Saya kasihankan suami dan rumah tangga kami," tulisnya lagi. Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya namun rata-ratanya tampil menyarankan supaya wanita berkenaan 'mengangkat kaki' kerana suaminya seolah-olah menyembunyikan sesuatu dan mempunyai tanda-tanda 'redflag'. Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Ada masalah ugut cerai... fikir-fikirkanlah suami spesies apa begini. "Spesis lelaki macam ni tak elok buat suami, sepatutnya berterima kasih pada isteri... bukan ugut nak cerai. "Tanda-tanda redflag. Kalau sanggup, hadaplah serumah seumur hidup. Ciri-ciri suami yang baik bukan macam ni caranya. "Suami anda ada perempuan lain tu. Kalau dia betul nak settle majlis belah dia, dia terima je pinjam duit kau. Tapi dia boleh terfikir ceraikan kau untuk batalkan majlis. Memang sah dia nak kahwin lain," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube