suria

Kerja di Singapura, duit simpanan habis rawat kanser... Balik Malaysia, pemuda menangis diberitahu imbasan MRI percuma

Kos perubatan yang membebankan boleh menyebabkan pesakit tidak mendapatkan rawatan. -Gambar hiasan

HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Walaupun ada rakyat Malaysia yang melihat wujud kekurangan atau kelemahan dalam sistem pentadbiran Malaysia, tetaplah berbangga dengan tanah air kerana negara lain juga belum tentu sempurna segalanya.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita yang merupakan pakar onkologi berkongsi kisah tragis melibatkan seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Hospital kerajaan menyediakan rawatan perubatan berkualiti kepada rakyat. -Gambar hiasan

Menurutnya, individu tersebut merupakan pesakit kanser dan perlu bekerja keras untuk membiayai kos rawatan.

"Pernah jumpa seorang pesakit kanser negara kita yang bekerja di Singapura. Di sana, dia perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk menjalani rawatan. Akhirnya duit kering dan dia terpaksa berhenti kerja untuk pulang ke Malaysia.

"Hari ni kami berjumpa sekali lagi untuk rawatan kanser, saya beritahu yang dia perlu buat imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI). Dia terus tanya berapa kena bayar untuk imbasan tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mengada nak berkepit, wanita harap KK izin suami masuk teman ‘check-up’ - “Nak sama-sama ambil tahu hal anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Berniaga tepi jalan, pakcik ini curi peluang kumpul pahala mudahkan penunggang motor baru balik dari klinik

"Saya beritahu percuma saja, dia terus menangis," ujar wanita itu.

Dalam pada itu, seorang lelaki turut menzahirkan penghargaan kepada sistem kesihatan negara yang menyediakan kos rawatan berpatutan untuk golongan marhaen.

"Isteri dulu pernah buat pembedahan buang cyst dekat hospital kerajaan. Apabila selesai semua, saya pergi ke kaunter untuk bayar. Saya sedar saya bukan staf kerajaan, jadi memang kena bayar sendiri.

Syukur sangat sistem kesihatan negara kita tak diswastakan, kalau tidak memang sakit nak bayar kos perubatan ni.

WARGA MAYA

"Saya macam terdetik yang kosnya mesti agak mahal, jadi saya tanya boleh tak nak bayar guna kad. Jurukaunter tu jawab boleh sebab memang hanya terima bayaran tanpa tunai (cashless), kalau nak bayar guna e-dompet pun boleh.

"Saya macam terkejut, biar betul e-dompet pun lepas, biasanya platform tu tak terima transaksi dengan jumlah besar. Apabila saya tengok bil, rupanya pembedahan isteri saya cuma dikenakan RM16, selainnya ditanggung.

"Kalau ikutkan kos asal, saya kena bayar RM600 semua sekali. Jadi akhirnya saya bayar ikut PayWave je. Syukur sangat sistem kesihatan negara kita tak diswastakan, kalau tidak memang sakit nak bayar kos perubatan ni," katanya.

wisdom

Pelayar berkongsi pengalaman.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut terbuka mata dan mendapat kesedaran daripada perkongsian tersebut.

"Bersyukur sangat jadi rakyat Malaysia, saya dah pergi ke beberapa negara, ada yang sistem kesihatannya terlampau mahal untuk rakyat atau memang tiada langsung sebab kurang kepakaran dan infrastruktur.

"Sistem kesihatan negara kita bukanlah percuma, masyarakat perlu bangun setiap pagi, pergi kerja dan bayar cukai supaya orang tersebut boleh dapatkan imbasan MRI.

"Tak mengapa, saya rela bayar cukai tu asalkan orang yang selayaknya boleh mendapat rawatan," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain