suria

3 anak terabai... Nurse geram layan wanita hamil setiap tahun, enggan merancang! Terkini sengih-sengih buka buku pink anak ke-4

Tak semua pasangan suami isteri mahu merancang keluarga. - Gambar hiasan

SEORANG wanita yang bekerja di sebuah Klinik Kesihatan (KK) kesal dengan sikap sesetengah ibu yang mengabaikan anak-anak tetapi masih aktif menambah zuriat.

Menerusi perkongsiannya di laman Threads, dia yang dipercayai seorang jururawat menceritakan pengalamannya mengenali seorang ibu muda yang hamil dan melahirkan anak hampir setiap tahun.

Menurutnya lagi, wanita tersebut menolak semua kaedah perancangan keluarga yang ditawarkan di KK dengan memberi 1,001 alasan sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan doktor dan staf perubatan berhubung kebajikan anak-anaknya.

Dengan tiga anak kecil yang masih memerlukan perhatian khusus, wanita itu kini hamil anak keempat, meskipun sebelum ini telah dinasihatkan untuk mengambil langkah merancang keluarga.

anak2 EDIT

Anak bukan sekadar anugerah tapi amanah Allah- Gambar hiasan

Jururawat itu berkata, dia amat terkejut ketika membuat lawatan ke rumah wanita berkenaan apabila melihat ketiga-tiga anaknya dibiarkan tidak terurus.

"Anak (kedua) tak pakai lampin pakai buang, alasan sebab mahal jadi dia kata tak dipakaikan. Anak baru setahun lebih.

"Baby (bongsu) pula dipakaikan lampin. Tak ada masalah kalau tak pakaikan lampin pakai buang tapi bila anak kencing, berak cucilah.

"Ni tak. Kencing masih basah atas lantai tak dilap. Yang baby pakai lampin dan basah. Mak tak tukar. Habis tumbuh ruam, kena rujuk dengan pegawai perubatan. Emaknya pula sengih-sengih saja," katanya, geram.

ARTIKEL BERKAITAN : Dulu masa TTC bukan main akrab, selalu luah perasaan... Dah ada 4 anak wanita terus tak balas mesej sahabat, hamil pun nak sorok

ARTIKEL BERKAITAN : Bukan tak merancang, tapi kerap 'lekat'... ibu beranak ramai stres kesuburannya jadi bahan orang sekeliling - “Suruh dia stop, asyik buat anak je”

Kita bukan larang pun beranak ramai tapi ikut kemampuan dan kesihatan.

NETIZEN

Menurut jururawat ini lagi, anak sulung wanita berkenaan berumur dua tahun lebih, disusuli anak kedua berusia satu tahun enam bulan dan yang ketiga baru sahaja 4 bulan dilahirkan.

"Sekarang mak tu ada baby umur empat bulan dan baru datang buat buku pink dengan muka sengih-sengih. Kadar Hb (hemoglobin) 7.8.

"Kita nak marah tak boleh. Nak balik boleh tanya nurse lagi, boleh pinjam RM10 tak nurse nak buat tambang Maxim," katanya sambil menambah anak sulung dan keduanya mempunyai masalah kurang berat badan teruk (KBBT).

Melihat kisah hidup mereka, petugas kesihatan ini hanya mampu membantu dengan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin dan berharap agar kanak-kanak ini membesar dengan baik untuk mengubah nasib keluarga yang hidup susah.

"Semoga anak anak ini semua akan jadi anak yang berjaya dan membawa ibu bapanya keluar dari kepompong kesusahan mereka sekarang. Aku pun dah tak boleh kata apa kalau dah perancang langsung tak berjaya," katanya.

anak3

Sebahagian komen netizen.

Jururawat ini berkata dia tidak bermaksud untuk menghalang golongan ibu daripada mempunyai ramai zuriat, tetapi menyarankan perancangan dibuat supaya anak-anak dapat membesar dan menikmati kehidupan lebih berkualiti.

"Kita tak kisah dia beranak ramai tapi dengan perangai, kotor lepas tu tak mampu. Rasanya puan-puan pun akan marah juga kalau di tempat kami (petugas kesihatan).

"Tapi kami mana boleh marah dia, marah manja je," katanya.

Perkongsian tersebut dibanjiri dengan ratusan komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

"Kita bukan larang pun beranak ramai tapi ikut kemampuan dan kesihatan.

"Kita anak dua terus pasang perati IUC (Intrauterine Contraceptive). Nak rehat dan nak besarkan dulu anak dua orang.

"Kasihannya padahal badan nak pakai lama," demikian beberapa komen netizen dalam perkongsian tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain