PLATFORM media sosial seperti Instagram digunakan untuk berinteraksi dengan kawan rapat mahupun kenalan biasa. Namun, ada kalanya wujud segelintir rakan yang kita rasakan kurang selesa untuk berkongsi posting yang dibuat atas sebab tertentu. Justeru, diperkenalkan beberapa fitur bagi membantu meningkatkan privasi seseorang di media sosial, antaranya tetapan 'close friend' di Instagram, bermaksud hanya individu terpilih dibenarkan untuk melihat kandungan yang dimuat naik. Perkembangan pesat media sosial menyebabkan sesetengah individu ketinggalan. -Gambar hiasan Walaupun begitu, melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita menceritakan kisah lucu ketika dia bekerja sebagai pengurus media sosial di sebuah syarikat. Menurutnya, seorang rakan lelaki di pejabatnya salah faham mengenai kegunaan 'close friend' sehingga menyebabkan perkongsian yang sepatutnya mahu disembunyikan akhirnya tersebar luas. "Saya pegang akaun media sosial syarikat, tiba-tiba nampak story Instagram kawan sepejabat saya (gegelung) warna hijau. Maksudnya dia masukkan akaun rasmi syarikat dekat dalam senarai close friend dia. ARTIKEL BERKAITAN: Rakam video, buat poster sendiri tapi hasil ‘sendu’! Kesian tengok makcik ‘struggle’ guna media sosial demi pertahan gerai usia 12 tahun ARTIKEL BERKAITAN: “Post sebagai tanda masih hidup” - Rupanya masih ramai tahu jaga privasi, tak suka tayang hal peribadi di media sosial "Saya pun macam pelik kenapa buat begitu, saya pergi tanya dia, rupanya dia ingat orang yang kita masukkan dalam senarai close friend ni adalah mereka yang tak nampak story. Dia salah anggap close friend boleh bantu hide story tu. "Tergelak habis kami, macam mana boleh tersilap macam tu? Lagi kelakar, dia ada masukkan seorang lagi kawan sepejabat kami yang kurang digemari dalam senarai close friend dia. "Selama ni orang tu dan beberapa lagi yang lain dok tengok content yang tak sepatutnya dilihat. Tapi kami santai je, kami dah tahu pun kehidupan dia dekat luar macam mana," ujarnya menutup bicara. Kita biasanya gunakan close friend untuk mengata belakang orang kita tak suka, tak sangka boleh kantoi dengan cara macam ni. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berteka-teki kemungkinan rakan wanita berkenaan menggunakan Instagram dalam Bahasa Melayu. "Adakah ini masalah terjemahan literal, sebab close friend dalam Bahasa Melayu adalah 'tutup kawan', kot la ni punca terjadinya salah faham. Pelayar berkongsi pandangan. "Malunya Ya Allah kalau aku dekat tempat kawan sis tu, kita biasanya gunakan close friend untuk mengata orang kita tak suka, tak sangka boleh kantoi dengan cara macam ni. "Biar betul kawan awak tu, tak kan la tak pernah langsung usya siapa viewers dia dekat dalam Instagram. Macam mana nak jaga air muka tu," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube