JIKA dilihat di media sosial, sudah banyak gerakan dilakukan bagi menggalakkan lebih ramai umat Islam untuk menunaikan solat di masjid atau surau. Dalam perkongsian tular di TikTok, Masjid Al-Syakirin, Gombak, Selangor mengambil inisiatif dengan menjalankan satu program digelar 'Subuh Warriors' khusus untuk golongan kanak-kanak. Menerusi rakaman video yang dikongsi, kelihatan kumpulan kanak-kanak sedang beratur untuk mengambil wang saku di bahagian kaunter di luar masjid berkenaan. "Hari elaun pahlawan Subuh Masjid Al-Syakirin. Setiap hari anak-anak akan dapatkan cop. Kanak-kanak akan mendapat RM3 setiap kali solat subuh di masjid. "Hari ahad kami akan serahkan wang saku mengikut kehadiran mereka," demikian tulisan di ruang kapsyen. Menurut salah seorang ahli mewakili masjid itu, mereka memberi ganjaran wang kepada mana-mana kanak-kanak yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Seperti yang dijelaskan, mereka menyediakan sebuah buku khas untuk jemaah kanak-kanak dan perlu dibawa untuk ditanda setiap kali mereka hadir dan solat di masjid. ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Subuh... Geng motor serang remaja 17 tahun depan masjid, mangsa cedera kena 12 tikaman ARTIKEL BERKAITAN: Kuih tak laku tiba-tiba habis diborong, peniaga bazar akui keajaiban amalan selepas Subuh dan Asar "Elaun khas satu hari RM3 tapi kita kumpul cop tu dalam satu minggu dahulu. Pada setiap hari Ahad kita bayar. "Jadi hari ni hari gaji mereka la. Kita jemput lebih ramai lagi datang. Bukan anak-anak saja tapi mak bapa sekali datang," menurut akaun TikTok itu. Jelas terpancar keseronokan pada raut wajah kanak-kanak tersebut ketika mengira wang ganjaran diterima mengikut jumlah cop terkumpul. Mula-mula memanglah datang masjid kerana program tapi lama kelamaan hati akan terbuka dan jadi ikhlas datang ke masjid. NETIZEN Di ruangan komen, usaha dan inisiatif masjid ini mendapat pujian ramai. Rata-ratanya memuji tindakan pengurusan masjid yang melancarkan program sedemikian untuk menarik lebih ramai umat Islam datang ke 'rumah Allah' khususnya kanak-kanak "Bagus macam ni. Secara automatik ayahnya akan datang sekali tak kan nak lepaskan anak pergi sorang-sorang kan. Komen netizen di TikTok. "Bagus program macam ni. Mula-mula memanglah datang masjid kerana program tapi lama kelamaan hati akan terbuka dan jadi ikhlas datang ke masjid. Boleh jadi seronok nak datang hari-hati. Semoga program macam ni berkekalan. "Dulu saya persoal skim ganjaran tunai ni. Tapi bila mata sudah jadi saksi macam-macam kejadian di masjid maka saya faham kita kena bawa anak-anak datang masjid dulu. Ikhlas belakang cerita. Biar hati mereka dekat dengan masjid," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube