suria

Gembira dapat kerja gaji 6K selepas tamat belajar... Graduan ikut gerak hati, tolak tawaran demi keberkatan

Tawaran pekerjaan yang sesuai dengan bidang dan kelayakan antara yang ditunggu para graduan baharu. -Gambar hiasan

GRADUAN universiti pasti teruja apabila ditawarkan gaji permulaan sehingga RM6,000 sejurus menamatkan pengajian.

Malah ada yang menganggapnya sebagai satu pencapaian membanggakan pada masa ini berikutan nilai tersebut sering kali dikaitkan dengan pengalaman dan tempoh kerja yang sudah lama.

Menerusi hantaran di laman X, seorang individu berkongsi pengalaman ditawarkan pekerjaan dengan gaji permulaan RM6,000.

Segelintir graduan baharu masih mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan. -Gambar hiasan

Segelintir graduan baharu masih mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan. -Gambar hiasan

"Aku fresh grad, dapat tawaran daripada salah sebuah bank pelaburan dengan gaji sekitar RM5,000 hingga RM6,000," ujarnya.

Bagaimanapun, selepas mengambil kira beberapa faktor, dia memutuskan untuk menolak tawaran tersebut.

Baginya, bank pelaburan awam tersebut tidak patuh syariah dan boleh menjejaskan keberkatan dalam rezekinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kerja 6 bulan, lepasan universiti berjaya buat perubahan drastik! Bos suka, terus naik gaji 10 peratus

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta jenama H ‘full spec’ dalam tangan, graduan gaji 5k tambah pula 2 kad kredit! Tahu-tahu hutang cecah RM20,000 sebulan

"Tiba-tiba rasa nak tolak tawaran tu sebab aku rasa bank awam macam tu tak patuh syariah.

"Mujur mak aku menyokong tindakan yang diambil walaupun pada awalnya dia ragu-ragu dengan keputusan tu," luahnya sambil berharap keputusan yang dibuat itu adalah tepat.

Keputusan yang tepat awak. Berkat lagi penting daripada tak dapat.

WARGA MAYA

Dalam pada itu, dia turut menyatakan dirinya masih belum mendapat sebarang pekerjaan selepas menolak tawaran lumayan berkenaan.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Meskipun ada yang meluahkan kehairanan dengan tawaran gaji yang diperoleh, namun ramai yang bersetuju dengan keputusannya dan menyatakan rezeki yang berkat adalah penting dalam kehidupan seorang muslim.

Warga maya memuji keputusan berani yang diambilnya.

Warga maya memuji keputusan berani yang diambilnya.

"Keberkatan sumber rezeki itu lebih penting. Terbaik!

"Betul tu dik. Aku kerja bank yang tawarkan kedua-dua elemen tu, apabila nak buat jualan silang kad kredit boleh je tawarkan konvensional tu tapi tak mahulah tanggung dosa walaupun diri sendiri pakai jenis konvensional.

"Bagus! Awak boleh cuba peluang pelaburan dalam badan berkanun pula atau pengurusan aset untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik.

"Keputusan yang tepat awak. Berkat lagi penting daripada tak dapat," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain