DALAM era milenium ini, suami dan isteri memainkan peranan masing-masing dalam menyediakan keperluan untuk kestabilan dan keharmonian rumah tangga. Bagaimanapun, seorang wanita meluahkan kekecewaan setelah berumah tangga apabila pasangannya tidak menjalankan tugas sebagai 'provider' (pemberi) dengan baik. Malah, hasrat hati untuk mengharapkan duit suami selepas berkahwin ternyata tidak kesampaian apabila dia pula terpaksa menanggung hampir semua perbelanjaan di rumah. "Kaum wanita, 50 nisbah 50 (bahagi dua) dalam sesebuah perkahwinan tidak menjadi. Setiap pasangan perlu berkomunikasi dengan baik untuk setiap masalah rumah tangga. -Gambar hiasan "Jadi, kalau awak beritahu saya yang awak nak lelaki tu bayar semua benda masa bercinta, saya sudah faham sekarang. Saya biasanya tanggung lebih 50 hingga 60 peratus masa bercinta. "Lepas kami berkahwin, saya bayar lebih 85 hingga 90 peratus untuk semua benda. Jadi tak perlu la cakap pasal nafkah bulanan," ujarnya menerusi ciapan di X. Susulan hantaran dibuat, seorang individu terpanggil untuk mengulas mengenai isu dibangkitkan wanita berkenaan. Katanya, lelaki yang tidak boleh menjadi seorang provider bolehlah dianggap seorang yang gagal menjadi suami. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja kuat demi famili, gaji 40K tapi isteri 3 kali kantoi curang! Nafkah sebulan 8K, kemewahan bukan jaminan setia ARTIKEL BERKAITAN: Wanita perlekeh bekas suami, ‘terbang’ bebas cari duit sendiri lepas cerai... Dulu dapat nafkah RM400, kini bergaji lebih RM10,000 "Saya dah cakap jangan dok kejar lelaki suka ajak tong-tong (berkongsi) dari sebelum kahwin. "Kalau hantaran pun ajar tong-tong, maka bersiap sedia la lepas kahwin lagi la dia ajak tong-tong. "Lelaki ini sifat dia provider. Yang tak cukup sifat je tak nak jadi provider ni," jelasnya. Suami ni sekali dah ditolong, memang akan jadi 'lemak'. NETIZEN Hantaran ini mendapat perhatian ramai dan mengundang pelbagai pendapat netizen yang ditinggalkan di ruangan komen. Malah, ada juga beberapa warga maya menceritakan pengalaman mereka sebelum berkahwin dengan pasangan masing-masing. Rata-rata netizen juga menasihati para wanita untuk mempunyai perancangan kewangan sekiranya mereka diuji dengan penceraian suatu hari nanti. Komen netizen di X. "Tak juga. Suami masa bercinta dulu tong-tong. Jarang la dia belanja selalu. Hari istimewa macam hari jadi baru dia belanja. Sekarang, Alhamdulillah 100 peratus dia bayarkan termasuk pinjaman waktu belajar dulu. Saya suri rumah. "Benda ni betul sebab suami saya pun cakap benda sama. Suami ni sekali dah ditolong, memang akan jadi 'lemak'. Jadi biar je apa-apa pun suami yang uruskan dulu. Biar dia susah sebab selesaikan tanggungjawab. Isteri bantu je lain-lain yang remeh-temeh," demikian komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube