suria

Penat jadi ‘mesin ATM’ famili! Mak ayah ‘demand’ elaun balas jasa... Minta nada bergurau, anak tahu dalam hati memang berharap

Anak-anak menjadi tempat ibu bapa yang sudah tua meminta bantuan. -Gambar hiasan

SETIAP anak ingin menabur bakti kepada kedua-dua orang tuanya apabila sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

Begitulah yang dilakukan wanita ini selepas memperoleh pendapatan tetap dengan gaji yang lumayan.

Bagaimanapun, adik-beradiknya sendiri, malah ibu bapanya dikatakan suka mengambil kesempatan dan sering meminta wang daripadanya.

Tambahan pula dia merupakan anak bongsu dan masih belum mendirikan rumah tangga seperti abang dan kakaknya.

Golongan bujang sering dibebankan dengan perihal keluarga. -Gambar hiasan

Golongan bujang juga mempunyai komitmen terhadap keluarga. -Gambar hiasan

"Saya belum berkahwin, mak ayah jenis suka bergurau minta duit daripada saya.

"Baru-baru ini naik gaji sebab bertukar kerja, lima angka. (Mak ayah) minta dalam 11 hingga 12 peratus daripada jumlah gaji," ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut wanita ini, disebabkan sikap ibu dan bapanya yang gemar meminta duit poket, dia mengambil keputusan untuk merahsiakan jumlah sebenar pendapatan bulanan yang diperoleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat anak-anak macam pelaburan, mak ayah minta lebih 70 peratus duit gaji... Paling dahsyat heret paksa keluarkan dekat bank

ARTIKEL BERKAITAN: Anak terkilan tak mampu bagi wang belanja lebih untuk mak ayah! Bapa selalu pinjam duit... Pernah minta RM20, RM35

Jelasnya, langkah tersebut dilakukan demi mengelakkan dirinya terus menjadi 'mesin pengeluaran wang automatik' (ATM) berikutan segala perbelanjaan rumah dan utiliti turut ditanggung olehnya.

"Selain daripada allowance, bil elektrik saya dah bayar RM300, penapis air bulanan pun saya yang tanggung.

"Kadang-kadang perkara-perkara lain pun saya yang bayarkan," luahnya lagi.

Lebih menyedihkan apabila bapanya sering berceritakan tentang bakti yang dilakukan kepada datuk dan neneknya seolah-olah mengharapkan dia melakukan perkara yang sama.

Selalunya anak-anak macam ni selepas kahwin. Nafkah jatuh pada diri sendiri dan isteri berbanding mak ayah sendiri.

WARGA MAYA

Baginya, walaupun perkara tersebut dinyatakan dalam nada gurauan, namun dia tahu jauh di sudut hati kedua-dua orang tuanya berharap dia menunaikan permintaan tersebut.

"Rasa tertekan dengar amaun yang mak ayah minta tu walaupun gurauan katanya. Ayah cakap, dia dulu bagi ayah dan mak dia lima angka juga... guilt trip.

"Saya dah la ada general anxiety disorder dan panic attack, apabila perkara berkaitan macam ni ni, memang tak dapat nak cakap lebih," tambahnya yang gemar memendam perasaan.

Warga maya tampil dengan reaksi dan pandangan masing-masing.

Warga maya tampil dengan reaksi dan pandangan masing-masing.

Bercerita lanjut, wanita ini turut mempersoalkan sikap adik beradiknya yang seolah-olah melepaskan semua tanggungjawab dan meletakkan beban di atas bahunya selepas mendirikan rumah tangga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati dengan nasibnya yang menjadi mangsa ahli keluarga sendiri.

"Selagi tak membebankan, berilah kepada mak ayah, beri ikut kemampuan.

"Jangan ikut sangat kehendak mak ayah tu,

"Selalunya anak-anak macam ni selepas kahwin. Nafkah jatuh pada diri sendiri dan isteri berbanding mak ayah sendiri," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain