SETIAP ibu bapa pasti tidak terlepas daripada mengalami rasa sedih apabila anak yang dibelai sejak kecil dan kemudian dibesarkan, mahu menamatkan zaman bujang. Biarpun berat hati, namun itu bukanlah alasan untuk mereka menghalang anak-anak yang sudah mencapai usia matang untuk mempunyai pasangan dan mendirikan rumah tangga. Namun berlainan pula dengan situasi yang dikongsikan oleh wanita ini, yang mana dia mendakwa dihalang untuk berkahwin oleh ibunya tanpa alasan kukuh. "Apa yang perlu saya buat jika ibu menghalang untuk saya berkahwin? Ibu kata dia tidak merestui jika saya ingin berkahwin. "Ibu melabel saya sebagai derhaka jika tidak menurut katanya," luah wanita berusia 34 tahun yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu. Tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa yang cenderung campur tangan dalam urusan pernikahan anak mereka. -Gambar hiasan Menurut wanita berkenaan, sebelum ini dia menurut sahaja arahan ibu kerana memikirkan adiknya yang masih perlu dibantu daripada segi kewangan memandangkan sedang menuntut di universiti. "Empat tahun lepas mak dah pernah cakap, kalau nak kahwin, biar lepas habis adik bongsu kau di universiti. Sekarang dah habis, mak masih tak izin. "Saya kerja di Kuala Lumpur, duduk asing dengan mak. Selama ni memang saya tak pernah culas bagi duit RM1,000 hingga RM1,500 pada mak, belanja adik di universiti. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak izin kahwin, ‘pantang’ langkah bendul! Gadis stres tersepit dengan adat, teman lelaki pula nak cepat-cepat halalkan hubungan ARTIKEL BERKAITAN: Dikerah tanggung keluarga sejak kecil, siap bayar hutang mak ayah... Rupanya ramai terkena, tak buat dilabel anak derhaka "Kalau mak tak izin saya kahwin sebab duit, sangat kecewa. Selain duit, saya dah alihkan tinggalan pusaka arwah abah kandung saya kepada dua adik lelaki. Saya tak ambil bahagian itu. "Alasannya (tak bagi kahwin), anak kawan dia beranak susah, dia tak nak saya jadi macam tu. Entahlah sedih dibuatnya," luahnya lagi. Berkahwinlah bila dah sampai waktunya. Bukan bermaksud tak boleh lagi berbakti pada orang tua once kita dah kahwin. NETIZEN Mengakui sedang mengenali hati budi seseorang, wanita tersebut bagaimanapun dilanda dilema antara kemahuannya sendiri dan ketaatan kepada ibu. "Apa yang perlu saya buat jika ibu menghalang untuk saya berkahwin. "Apa tindakan dari segi undang-undang atau agama yang saya hadapi jika saya ingkar? "Dalam masa yang sama saya pun hendak berkahwin untuk masa depan. Dan saya tak nak jadi anak derhaka. Mohon pendapat yang baik," luahnya lagi. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. Hantaran wanita berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang sedang dihadapinya. "Doakan semoga ibu cik lembut hatinya satu hari nanti. Berkahwinlah bila dah sampai waktunya. Bukan bermaksud tak boleh lagi berbakti pada orang tua once kita dah kahwin. "Dapatkan nasihat daripada pakar agama atau kaunselor, seeloknya bawa mak sekali. Kadang-kadang orang tua dia beranggapan tahu hukum, tapi sebenarnya tidak. "Mungkin mak tak nak hilang duit yang diberi setiap bulan. Dia takut kesenangan tu hilang bila awak ada tanggungjawab lain,"demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube