suria

Berang bersalin czer, suami terus tinggalkan isteri... Anggap tubuh dah rosak - “Orang bodoh je nak operation”

Pengorbanan seorang wanita yang melahirkan anak sewajarnya dihargai oleh suaminya. -Gambar hiasan

BUKAN calang-calang pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya ke dunia.

Bayangkan, sembilan bulan mengusung perut ditambah pula kontraksi sewaktu bersalin, namun malangnya nasib apabila segala pengorbanan tersebut tidak dihargai oleh si suami.

Begitulah situasi yang dialami oleh seorang ibu muda ini yang ditinggalkan suami hanya kerana dia terpaksa bersalin menerusi kaedah pembedahan caesarean.

Luahan wanita tersebut yang dikongsi menerusi laman TikTok ternyata meruntun hati warga maya.

bersalin 2

Tangkap layar perbualan gadis berkenaan dengan suaminya.

"Keluar dari operation room, dalam keadaan bius lagi, tanya misi (jururawat) nak phone dulu. Buka chat, kena maki sebab emergency czer (caesarean)?

"Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, spam chat semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk operation room sendiri semua tanpa kehadiran dia, semua ni dah berlalu namun masih sakit.

"Dia boleh cakap saya dengan family saya tak bagi dia hak jaga sedangkan dia tak ada pun di samping saya, asyik judge saya sebagai ibu kepada seorang anak," tulisnya dalam perkongsian berkenaan yang sehingga kini meraih 1.5 juta jumlah tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 4 anak depresi, nak gugur bayi! Baru 7 bulan bersalin, hamil lagi sebab suami ‘selfish’ langgar janji rancang famili

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dalam pantang, suami ‘makan’ luar... Makin sakit hati penyondol pula bangga tayang momen ‘dating’ sana sini

Dalam perkongsian tersebut, dia yang dipercayai melahirkan bayi sulung pada usia 18 tahun, turut memuat naik tangkapan skrin perbualan di aplikasi WhatsApp bersama suaminya.

Dia dilihat cuba menjelaskan kepada suami mengapa terpaksa bersalin menerusi kaedah pembedahan, namun lelaki tersebut menyalahkan dirinya kerana terus bersetuju dengan saranan doktor.

Ingat boleh pilih ke kalau keadaan tu emergency sangat? Asalkan anak ibu selamat.

NETIZEN

"Tak nak saya dapat wife rosak. Baik saya kahwin dengan orang lain, yang elok sihat lagi. Bodoh gila.

"Sendiri pilih kan? Tak nak lah saya lagi hidup dengan awak. Awak dah rosak. Orang bodoh je nak operation," demikian jawapan yang ditulis suaminya di aplikasi berkenaan.

Perkongsian tersebut menjadi tular di beberapa platform media sosial dengan rata-ratanya mengecam si suami kerana bersikap kejam dan 'bodoh sombong'.

bersalin 3

Antara komen netizen yang turut meluahkan rasa geram dengan sikap suami gadis berkenaan.

"Wujud juga jantan macam ni. Dia ingat suka-suka ke nak czer? Bini baru lepas bersalin dengan sakitnya lagi baca WhatsApp kau dapat yang macam ni. Patutnya beri semangat kat isteri. Bebal.

"Sedihnya jadi dia ada laki tak guna macam ni. Wife tu separuh nyawa kot nak keluarkan anak

"Gila. Ingat boleh pilih ke kalau keadaan tu emergency sangat. Asalkan anak ibu selamat," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain