PENEMUAN mayat dan kes bunuh yang semakin berleluasa pada masa ini menyebabkan masyarakat mula meluahkan kebimbangan. Bagi ibu bapa, kaedah terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan mengawal serta memantau gerak geri setiap anak. Malah ada yang meletakkan pelbagai syarat bagi memastikan insan tersayang sentiasa berada dalam lingkungan selamat. Ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak-anak. -Gambar hiasan Bagaimanapun, apa yang dilakukan itu sering disalah anggap oleh anak-anak, sehingga ada yang merasakan diri dikongkong. Turut dibelenggu situasi yang sama, seorang wanita meluahkan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana tertekan dengan sikap 'overprotective' ibu bapanya. "Patut ke aku lari dari rumah? Bayangkan, aku balik kerja closing pukul 10.30 malam pun terus kena balik rumah, jangan harap la nak ngopi (minum) di kedai dulu. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ketakutan di rumah sendiri! Mak ayah nak beri didikan terbaik dirasakan mengongkong, peraturan amat ketat ARTIKEL BERKAITAN: Wanita umur 24 tahun teruk dikongkong, mak ayah tak izin keluar bekerja! Ramai syak jenis licik, kena ‘kepung’ tetap ada pakwe "Kalau tidak, nanti ayah aku hidupkan enjin kereta untuk cari aku. Aku tak tahu sampai bila nak hadap perkara merimaskan macam ni," luahnya yang kini berusia 23 tahun. Hantaran itu bagaimanapun mengundang pelbagai kecaman daripada warga maya dan ramai beranggapan dia tidak faham kasih sayang ibu bapa terhadap zuriatnya. "Cubalah awak berlapang dada, bukan saja-saja mak ayah nak kongkong kita, ada sebab-sebabnya. Zaman sekarang ni banyak kes bunuh dan rogol. Antara reaksi warga maya. "Umur akak 38 tahun, pegawai kerajaan, ada duit sendiri, kereta sendiri, harta sendiri, tak kahwin dan masih duduk dengan parents. Sampai dah 38 tahun, pukul 7 malam je ayah dah mula cari... selagi ada mak ayah hargailah. "Larilah, duduk sendiri dan urus semua sendiri, baru awak tahu macam dunia ni berputar sebab satu hari nanti lelaki yang awak tak suka tu adalah lelaki yang ikhlas sayang awak dunia dan akhirat. "Untung masih ada mak ayah, kadang-kadang perasaan kita je tu, rimas dan dikongkong. Saya pernah rasa macam tu tapi jangan sesekali fikir nak lari dari rumah," demikian nasihat beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube