suria

Nampak penunggang tersadai tepi highway, tak ada orang tolong! Ada sebab pemuda ini berhenti, bantu tunda motosikal habis minyak

Seorang lelaki membantu menunda motosikal penunggang lain yang kehabisan minyak.

TANPA diduga, ada harinya kita tiba-tiba akan dihimpit dengan kesusahan jika itu yang dikehendaki oleh-Nya.

Kesulitan yang dialami haruslah diterima sebagai ujian kehidupan, tetapi dalam keadaan tertentu tanpa disangka-sangka ada individu muncul mahu menghulurkan bantuan.

Seorang pemuda diuji apabila motosikalnya kehabisan minyak ketika sedang menunggang di sebuah lebuh raya di ibu negara dan ada individu tidak dikenali tampil membantu.

Pics for the motorcycle lane story.Picture taken at Federal Highway on July 19.—AZMAN GHANI/The Star

Penunggang motosikal berdepan dengan pelbagai risiko ketika berada di jalan raya. -Gambar hiasan

“Semalam dalam perjalanan pulang, jumpa orang tengah tolak motosikal dia asbab minyak habis. Kita apa lagi, (bantu) tundalah motosikal dia dari Duke Jalan Tun Razak sampai Taman Bolton Gombak.

Brother ni asyik la dok kata ‘Jauh ni bang’. Kita beritahu, tak ada apa bang. Saya tak rushing apa pun,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mohd Nizamuddin berkata, dia sebenarnya amat memahami kesulitan dan rasa cemas yang dihadapi penunggang motosikal apabila berdepan masalah sebegini kerana dia sebelum ini juga pernah melalui pengalaman serupa.

“Aku bukan apa, aku faham sangat apabila orang tak ada minyak atau motosikal rosak bila menolak. Penat dan 'berkicap' (berpeluh),” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertimpa ujian sejak awal 2024, bakal pengantin terharu hamba Allah gigih bantu tunda motosikal tersadai - “Orangnya kecil tapi masih mahu tolong”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mohon maaf, serba salah jadi punca pelajar lewat ke sekolah! Puas ‘halau’, tetap nak bantu baiki motor

Mengulas lanjut, dia bagaimanapun bersyukur kerana pasti ada hamba Allah yang sudi menghulurkan bantuan di saat dirinya mengalami kesulitan.

“Alhamdulillah setakat ni setiap kali motosikal aku ada masalah mesti Allah hantar orang bantu. Dah banyak kali jadi macam ni dan bermacam kisah aku lalui.

“Baru ni balik kerja hujan, minyak habis. Aku pun menolak motosikal macam biasa. Tak ada satu (penunggang) motosikal pun berhenti dan bantu. Mungkin sebab hujan lebat,” jelasnya.

tunda motor 2

Tanpa diduga, hamba Allah tampil membantu. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, kurang dari lima minit menolak motosikalnya, terdapat sebuah pacuan empat roda di hadapannya berhenti di tepi jalan.

“Tengok depan ada sebuah 4x4 berhenti tepi jalan. Bila aku tolak motosikal sampai sebelah cermin pemandu, brother tu buka tingkap dan tanya aku kenapa dengan motosikal.

“Aku beritahulah minyak habis. Terus dia cakap, kat belakang kereta ni ada satu tong minyak, ambil dan isilah bang.

“Bila aku tanya berapa ringgit, dia kata ambil je la bang. Sungguh mulia hati brother ni,” tambahnya.

Masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin.

WARGA MAYA

Menurutnya lagi, kejadian itu segar dalam ingatan kerana pertama kali dibantu oleh individu yang bukan dalam kalangan penunggang motosikal.

“Aku pun tuang berkadar, dalam RM1 lebih kurang, cukuplah untuk aku sampai ke stesen minyak berikutnya.

“Sungguh, masih ramai orang baik kat sini. Syukurilah nikmat dan bila orang hulur bantuan, janganlah ambil kesempatan. Terima kasih semua orang baik,” katanya lagi.

Senior citizen Chan Liew Ming ,65,  working at  motorcycle workshop in Kuala Lumpur. (28/7/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Selain kehabisan minyak, penunggang juga sering diuji dengan masalah motosikal rosak. -Gambar hiasan

Sementara itu, hantaran tersebut turut mencetuskan rasa kagum dan memberikan inspirasi dalam kalangan warga maya mengenai amalan baik sesama insan.

“Kalau kita biasakan diri permudah urusan orang lain, murah hati... InsyaAllah, bila kita susah, Allah gerakkan hati orang lain untuk tolong kita.

“Masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin.

“Tahniah, abang juga merupakan orang baik dalam kalangan semua orang yang baik-baik,” demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain