suria

Mohon bayar loan pendidikan ikut kemampuan, pengutip hutang tak layan... Suruh bayar separuh! Ibu tunggal gentar diugut ke mahkamah

Tidak dinafikan ada segelintir peminjam mengabaikan bayaran semula pinjaman pendidikan kerana masalah kewangan. -Gambar hiasan

SETIAP individu mempunyai komitmen kewangan masing-masing sehingga kadang kala terpaksa mengenepikan bayaran bulanan pinjaman yang sepatutnya wajib dibayar.

Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini di laman Facebook.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia mempunyai hutang pinjaman pelajaran yang tertunggak berjumlah RM18,000 kerana berhenti membuat bayaran untuk tempoh beberapa tahun.

"Selepas habis belajar, saya tidak bekerja dan terus kahwin tetapi saya ada bayar pinjaman tersebut selama dua tahun sahaja.

"Dan selepas 10 tahun berkahwin, saya akhirnya bercerai dan membawa diri bersama lima anak saya.

"Saya menyara mereka seorang diri tanpa nafkah daripada bekas suami," kongsinya.

pic 2

Ada peminjam yang tidak mampu membayar pinjaman kerana perlu mengutamakan keluarga. -Gambar hiasan

Biarpun berdepan dengan masalah kewangan, namun disebabkan mempunyai rasa tanggungjawab sebagai seorang peminjam, dia berhasrat mahu menyambung kembali bayaran hutang pinjaman pelajarannya.

Namun ujar wanita tersebut, apa yang membuatkan dirinya buntu apabila dia dimaklumkan untuk membayar separuh daripada jumlah pinjaman berkenaan terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Waris terkejut arwah mak terkait hutang RM53k! Rupanya jadi penjamin anak kawan belajar overseas... Risau urusan akhirat tergantung

ARTIKEL BERKAITAN: Surat hutang Mara kejutkan keluarga! ‘Kejar’ arwah bapa sebab jadi penjamin, peminjam 1 sen pun tak pernah bayar

"Bila saya call person in charge, dia kata saya kena bayar RM18,000 terus. Saya merayu dan minta budi bicara untuk bayar sebulan RM200 hingga RM250 seperti sebelum ini memandangkan gaji saya hanya RM1,800.

"Person in charge tersebut cakap kalau tiada duit boleh bayar RM9,000 dulu.

"Selepas bayar RM9,000 baru boleh buat bayaran ansuran RM250 sebulan. Person in charge tersebut mengugut saya untuk masukkan kes saya ke mahkamah. Sejujurnya saya tiada duit sebanyak RM9,000," luahnya lagi.

Naik saja mahkamah, jangan takut. Nanti boleh beritahu apa masalah puan dan beritahu setakat mana kemampuan boleh bayar.

NETIZEN

Tambah wanita tersebut, dia sanggup untuk menggadaikan barang kemasnya bagi melangsaikan hutang pinjaman yang tertunggak, namun ia masih tidak mencukupi untuk membayar separuh daripada jumlah yang diperlukan.

"Kalau RM2,000 mungkin saya boleh gadai barang kemas saya dulu tapi beliau (person in charge) insist untuk saya bayar RM9,000 juga.

"Saya ingin bayar pinjaman ini tapi sekarang saya sangat buntu. Ada sesiapa pernah mengalami nasib yang sama? Apa solusi yang kalian buat?" luahnya memohon pandangan daripada warga maya.

komen pic

Reaksi warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Perkongsian wanita berkenaan meraih perhatian warga maya yang ratanya-ratanya meluahkan rasa simpati, selain tampil dengan pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

"Jangan deal dengan third party kemungkinan debt collector. Cuba walk-in dulu ke pejabatnya.

"Naik saja mahkamah, jangan takut. Nanti puan boleh beritahu apa masalah puan dan beritahu setakat mana kemampuan puan boleh bayar.

"Alhamdulillah ada niat nak bayar hutang. Semoga Allah permudahkan urusan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain