suria

Semua belanja ditanggung, suami terkejut isteri ada hutang loan peribadi 360K! Ugut cerai jika ditanya, ajak bincang

Masalah hutang boleh menjejaskan keharmonian hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan suami isteri tidak sewajarnya mempunyai rahsia antara satu sama lain, termasuklah status kewangan masing-masing.

Menerusi satu hantaran di sebuah laman Facebook, seorang lelaki meluahkan kebimbangan mengenai isterinya yang 'terbelit' hutang gara-gara terjebak dengan pinjaman wang berlesen (PWB) dan pinjaman peribadi (PL).

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, isterinya dipercayai membuat pinjaman peribadi berjumlah kira-kira RM360,000 yang dirahsiakan daripada pengetahuannya.

"Isteri menipu... duit gajinya sudah tiada disebabkan mungkin kerana pinjaman wang berlesen.

"Saya tahu dia tipu, tapi buat-buat percayakan cakap dia. Kad gaji pun tak ada, masih pusing-pusing cakap yang dia simpan di ofis.

loan 1

Luahan lelaki berkenaan mengenai masalah yang membelenggu isterinya.

"Isteri juga mempunyai personal loan yang ditolak 60 peratus daripada gajinya yang kesemua dibuat tanpa pengetahuan saya.

"Saya pun tak tahu apa yang dibuat dengan personal loan berjumlah RM200,000 lebih dan RM160,000 kerana semua pembayaran rumah, kereta, barang dapur, belanja anak semua saya yang bayar dan belanja," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa selawat 1,000 kali, ajaibnya solat sunat... Wanita hampir muflis bangkit semula, tak sangka gaji 20k boleh jatuh terduduk

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas diusir, wanita rayu deposit rumah sewa baharu RM2,500... Buat masa ini tinggal di stor tempat kerja

Tambah lelaki berkenaan, dia sendiri telah beberapa kali membantu isteri menyelesaikan bayaran pinjaman wang berlesen sebelum ini selepas gaji wanita tersebut 'licin' gara-gara hutang yang meningkat.

Bagaimanapun ujarnya, masalah hutang yang membelenggu isterinya masih tidak selesai.

Kemungkinan ada main judi atau terlibat dengan skim-skim cepat kaya ke... banyak tu pinjaman yang dibuat.

NETIZEN

"Saya perasan bila gaji pun memang dia tiada duit, minyak kereta dia pergi kerja pun saya isikan. Dia cuma ada duit bila saya berikan ketika saya gaji.

"Dia juga selalu bawa bekal dari rumah untuk makan di ofis. Bila cerita pasal ni akan jadi gaduh besar. Perkara ni saya perasan sudah hampir setahun.

"Saya tak tahu macam mana lagi cara nak selesaikan masalah ni, bila bincang pasti perkataan berpisah dia minta. Runsing saya memikirkan hal ni. Anak-anak pun tengah membesar, risau juga dengan keselamatan mereka," luahnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya menasihatkan lelaki tersebut agar berbincang dan berkomunikasi dengan isterinya kerana ia dibimbangi menjejaskan keharmonian rumah tangga.

"Cuba tukar bincang dengan cara yang paling lembut. Sebab perempuan ni hati dia lembut. Jadi sahabat untuk wife luahkan apa masalah dia sebenarnya.

"Cuba siasat takut buat loan untuk famili atau skandal... maaf tapi awak kena siasat. Payah juga kalau buat sesuatu tak berbincang bersama," demikian antara komen netizen.

loan 2

Masalah kewangan menjadi antara penyebab keruntuhan rumah tangga suami isteri. -Gambar hiasan

Namun tidak kurang ada juga yang menyarankan supaya lelaki tersebut berpisah dengan isterinya kerana dikhuatiri wanita berkenaan terlibat dengan kegiatan haram.

"Kemungkinan ada main judi atau terlibat dengan skim-skim cepat kaya ke... banyak tu pinjaman yang dibuat. Cuba check handphone dia.

"Kalau tak tanggung jantan lain, mesti main mesin kuda.

"Ada kemusykilan di situ, saya rasa dia membayar bunga mingguan atau harian. Dan tak rasa itu PWB. Mungkin pinjaman yang illegal," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain