ORANG lain berhutang, orang lain pula yang menjadi mangsa. Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun begitulah situasi dialami seorang pemuda yang kini dalam dilema. Menurut individu itu, semuanya bermula apabila adik kandungnya yang membuat pinjaman peribadi dengan pihak bank gagal untuk membayarnya secara konsisten sehingga tertunggak. Pinjaman peribadi berisiko sekiranya tidak membuat bayaran balik secara konsisten -Gambar hiasan Tanpa menjelaskan tujuan pinjaman dibuat, adiknya bakal berdepan dengan tindakan undang-undang dan diisytiharkan muflis susulan tunggakan yang banyak itu. “Dia buat pinjaman peribadi sebanyak RM110,000. Jumlah yang bank tuntut adalah RM175,000 termasuk bunga (faedah),” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. Namun menerusi sesi pendengaran kes, bank memberi pilihan untuk melangsaikan ‘pokok’ sebanyak RM110,000 dalam tempoh dua minggu sekiranya mahu tuntutan tersebut digugurkan. Malangnya pemuda itu memberitahu adiknya baru saja berhenti kerja sekali gus tidak mempunyai sumber pendapatan mencukupi untuk melangsaikan hutang sebanyak itu. ARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun sara keluarga, jadi tukang bayar loan bank dan hutang Ah Long suami... Isteri tak pernah tahu mana pergi wang dipinjam ARTIKEL BERKAITAN: Suami paksa isteri ‘resign’ lepas 6 bulan kahwin, enggan bayarkan hutang loan pendidikan 70K... Pandai-pandailah fikir sendiri! Disebabkan dia merupakan anak sulung, ibu bapanya menggesa supaya tampil membantu menyelesaikan masalah adiknya. “Jadi sebagai anak sulung dan disebabkan saya tiada komitmen kewangan, ibu dan ayah gesa saya tolong langsaikan,” ujarnya. Selain bapa, ibunya turut berharap agar dia membantu adiknya. -Gambar hiasan Mengikut kemahuan ibu bapanya, dia mengeluarkan segala sumber kewangan dan simpanannya sambil menambah ia akan turut membabitkan Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. “Sekarang ni habis wang simpanan saya korek, portfolio saham saya, wang simpanan unit amanah saham public mutual, Amanah Saham Wawasan 2020. “Ini juga termasuk akaun ke-3 Fleksibel (KWSP) saya tengah cuba keluarkan semua untuk melangsaikan hutang adik,” tambahnya. Kenapa tak biarkan dia muflis dahulu baru bantu? Muflis bukan pengakhiran dunia. WARGA MAYA Hanya berbaki kira-kira seminggu untuk menyelesaikan segala bayaran balik pinjaman peribadi adiknya, dia termenung tatkala memikirkan apa yang bakal berlaku seterusnya. Jauh di sudut hati hanya Tuhan sahaja tahu perasaannya apabila tiada lagi wang simpanan selepas ini. “Sekarang dah hampir pokai. Anggaran kalau saya selesaikan semua tanggungan hutang adik, jumlah wang simpanan saya hanya tinggal RM3,000. “Terus murung saya dibuatnya. Antara muflis dan pokai,” katanya sebak. Pemuda itu kini buntu dengan situasi yang dialaminya. -Gambar hiasan Rata-rata warga maya bukan sahaja bersimpati dengan nasib yang dialaminya, bahkan kagum dengan tanggungjawabnya sebagai anak sulung selain sanggup menuruti permintaan ibu bapa. Walaupun keadaan memaksa dia berbuat demikian, di ruangan komen rami turut menasihatinya agar berpada-pada untuk membantu supaya tidak membebankan diri kelak. “Adik yang hutang, abang yang bayar. Abang dari ‘syurga’ ni. Pinjam duit tapi tak reti nak membayar. Semoga awak dimurahkan rezeki dunia dan akhirat. “Istikharah dulu. Allah akan tunjukkan jalan terbaik. Jika Allah nak awak selesaikan, mungkin Allah nak ganti yang lebih baik. Jika tidak, Allah juga nak tunjukkan yang terbaik buat adik awak. “Biarlah adik tu sendiri yang tanggung. Bukannya boleh mati kena isytihar muflis. Lima hingga enam tahun nanti clear la nama. Kalau pokai dan tak tentu arah, lebih baik abaikan. “Kenapa tak biarkan dia muflis dahulu baru bantu? Muflis bukan pengakhiran dunia. Bayarkan installment on behalf untuk sementara pun dah cukup. Bukannya bayar hutang sekali gus. Jadikan muflis ini suatu pengajaran dalam hidup dia,” komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube