SUDAH menjadi lumrah jika seorang ibu itu bersifat terlalu melindungi anak-anaknya. Maklumlah, dia juga yang mengandungkan selama sembilan bulan dan melahirkan anaknya itu ke dunia ini. Bagi seorang wanita, dia seolah-olah dapat merasakan sesuatu tidak kena pada anak lelakinya yang berusia 11 tahun. Seorang murid bersendirian tanpa rakan-rakan. -Gambar hiasan “Saya tanya dia macam-macam. Dia jawab okay je semua. Tapi daripada riak muka dia, saya tahu dia macam ada benda nak cerita tapi disorok. “Daripada mata dia, saya nampak macam dia nak nangis. Saya terus tanya dia macam-macam, barulah dia cerita. Dia kata kat dalam kelas, budak-budak lain tak nak kawan dengan dia,” kata si ibu menerusi satu luahan di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cuma ejek, kini berani cekik anak orang! Ibu kesal mangsa buli kena gantung sekolah, hukuman sama dengan pembuli ARTIKEL BERKAITAN: 4 kaki buli di IPT gigih cari semula mangsa! 2 pelaku ada masalah anak, seorang maut digilis tak sempat minta maaf Ditanya tentang apa yang sebenarnya berlaku, anaknya bagaimanapun hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu apakah punca dia ‘dipulaukan’ rakan-rakan sekelas. “Saya tanya dia sama ada Zakwan (nama kawan anak) tu berkawan dengan abang (panggilan untuk anak) atau tidak. Anak saya cakap... dia seorang je kawan dengan abang. Budak-budak lain semua tak nak kawan. “Lepas tu, saya cakap tak apalah, abang kawan je dengan Zakwan tu. Kalau budak lain tak nak kawan dengan abang, biarkan mereka,” ujarnya. Sekumpulan murid bergaul dengan rakan-rakan sekelas. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, kadang-kadang terdapat keperluan untuk mengecilkan ‘circle’ rakan kerana apa yang lebih penting adalah mempunyai sahabat berkualiti. “Buat apa ramai kawan tapi tak ada kualiti. Biar kawan seorang tapi kawan tu berkualiti. Kawan yang boleh susah sama-sama, sedih sama-sama. Beri kata-kata semangat, biar anak faham maksud persahabatan. WARGA MAYA “Bukannya masa senang dan seronok je ada dengan kita. Kat tempat kerja, mama pun tak ada kawan. “Seorang je kawan mama... mama tahu datang kerja, buat kerja lepas tu cukup masa, balik. Hujung bulan dapat gaji,” tambahnya. Mengimbas kembali zaman mudanya, wanita itu mengakui dia juga seperti anaknya tidak mempunyai ramai rakan di sekolah. Seorang ibu terkenangkan kisah lama. -Gambar hiasan Enggan bersedih dengan kisah lama, sebaliknya dia cuba memujuk anak lelakinya itu dengan memaklumkan agar usah bersedih jika tiada orang hendak berkawan dengannya. “Yang penting abang jangan kacau orang, abang buat je hal abang. Abang tahu datang sekolah untuk belajar. Cukup masa, rehat... lepas tu balik. “Sedih juga sebenarnya apabila dengar dia cerita macam tu. Tapi saya pujuk hati dia dan bagi kata-kata positif,” jelasnya. Di akhir luahannya, dia tampil menceritakan punca sebenar anak lelakinya dipinggirkan rakan-rakan sekelas. “Saya tahu kawan-kawan tak nak kawan dengan dia sebab anak saya tak pandai. Budak-budak sekarang pun dah pandai memilih kawan, dah pandai berpuak-puak,” ujarnya kesal. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan simpati mereka terhadap wanita itu mengenai nasib malang yang menimpa anak lelakinya. “Mana ada anak tak pandai. Cuma kita belom nampak kebolehan dan keupayaan dia. Beritahu anak, tak apa tak ada kawan, jangan tak ada adab. “Selalu la nasihat anak bagi kata-kata positif dekat dia. Orang tak nak kawan, biarkan. Matlamat kita satu je, pergi sekolah nak belajar pandai-pandai. “Terus dekat dengan dia puan. Beri kata-kata semangat, biar anak faham maksud persahabatan. Betul kata puan biar sikit sahabat tapi berkualiti. Sentiasa yakinkan anak dengan kata-kata tu,” komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube