suria

Amukan peniaga medan selera! Sepakat tampal nota amaran setiap kereta, berang penduduk sekitar salah guna tapak parkir

Tangkap layar video yang tular di aplikasi TikTok.

IBARAT menutup pintu rezeki peniaga.

Demikian tanggapan orang ramai selepas tular video di TikTok, memaparkan lebih 20 buah kereta ditampal dengan nota amaran.

Nota itu dipercayai ditampal oleh peniaga kerana berang ruang tempat letak kereta di sebuah medan selera di Bandar Seri Permaisuri, Cheras, dipenuhi dengan kenderaan milik penduduk sekitar.

peniaga 2

Sebahagian nota yang ditampal pada kereta penduduk.

Tindakan mereka didakwa menyebabkan pelanggan sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta, sekali gus memberi kesan terhadap perniagaan di medan selera berkenaan.

"Masa beli atau sewa (rumah) dulu tak dapat parking sekali ke? Kalau nak parking khas, boleh beli rumah lain.

"Anda penyebab peniaga sengsara, pulangkan parking kami. Peniaga sengsara, anda penyebabnya, parking penuh.

Makanan sedap-sedap tapi malas pergi sebab parking susah.

PELANGGAN

"Berfikirlan dengan waras. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menjejaskan hak pelanggan kami untuk parking.

"Agak-agak la... ni parking pelanggan, bukannya parking balik rumah tidur," tulis ayat yang tertera pada nota-nota itu.

Hingga kini video tular itu meraih hampir 600,000 tontonan selepas ia dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran parkir ‘block’ laluan masuk buat-buat pekak, hon banyak kali pun tak dengar! - “Lepas tu keluar buat muka”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelanggan aku lari sebab kau” - Rumah jadi parking lot sebab jiran jual burger, dah tegur tapi kena ‘sound’ pula

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap peniaga yang terkesan ekoran masalah berkenaan.

"Makanan sedap-sedap tapi malas pergi sebab parking susah. Semoga ada keinsafan kepada mereka, kesian peniaga cari rezeki.

"Medan selera paling susah nak dapat parking. Kesian orang berniaga. Parking tak ada, pelanggan pun tak nak datang.

peniaga 3

Peniaga dakwa bisnes tergganggu ekoran masalah ketiadaan tempat letak kereta untuk pelanggan.

"Pernah lalu di sana, nak makan tapi parking tak ada. Yang pelik orang tak ramai pun dalam kedai... rupanya ini puncanya.

"Penat datang sini nak makan. Pusing-pusing tak ada parking, keluar balik," tulis netizen.

Dalam pada itu, segelintir individu turut memberi cadangan berbentuk kekerasan serta pengenalan sistem letak kereta berbayar bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Dia senang je. Mulakan kes pecah cermin. Sah seorang pun tak parking situ.

"Buat parking berbayar dan berpalang," cadang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan